Saturday, March 9, 2013
10 GOLONGAN YANG TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali untuk orang-orang mukmin yang dirahmati oleh Allah SWT. Sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya adalah orang yang paling beruntung dan berbahagia. Amat malang untuk golongan yang di masukkan ke dalam neraka dan tidak dapat mencium bau syurga, sedangkan keharuman syurga boleh dihidu sehingga 500 tahun perjalanan.
Terdapat sepuluh golongan manusia yang tidak akan mencium bau syurga kerana dosa-dosa besar yang dilakukan ketika di dunia. Golongan tersebut adalah seperti berikut :
Golongan Pertama : Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie.
ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Golongan Kedua : Orang-orang yang membunuh kafir zimmi.
وقد قالالإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " .
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Tiga golongan kafir yang HARAM dibunuh:
1. Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin
2. Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
3. Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin.
Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir Harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat Islam seperti bangsa Yahudi di Palestin yang membunuh umat Islam Palestin.
Golongan Ketiga : Wanita-wanita yang tidak menutup aurat.
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Perempuan yang memakai baju tetapi telanjang, dan dia memandang lelaki lain, dan membuatkan lelaki-lelaki lain terpandang kepadanya, maka perempuan ini tidak akan cium bau syurga. Sedangkan bau syurga sudah pun boleh dibau dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Golongan Keempat : Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya.
Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari) Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Hadis Riwayat Sunan al-Nasai')
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).
Al-Hakim juga meriwayatkan hadis baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
Golongan Kelima : Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan.
Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Golongan Keenam : Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam.
ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود
“Sabda Nabi Muhammad SAW : "Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Abu Daud)
Golongan Ketujuh : Orang-orang yang mengubah nama bapanya.
حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Golongan Kelapan : Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun” (Hadis Riwayat Bukhari)
Golongan Kesembilan : Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري
Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: "Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Bukhari)
Golongan Kesepuluh : Lelaki yang dayus.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki Dayus" ( Hadis Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadis lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Hadis Riwayat Ahmad ).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada sifat dan amalan 10 golongan yang tidak akan mencium bau syurga. Amat malang sesiapa yang berpeluang melakukan amal soleh dan amal ibadah ketika di dunia tetapi gagal menfaatkan masa dan umurnya untuk mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Wallahu'alam.
sumber: Makmum Sundari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum admin.terima kasih sb share ni...boleh xsaya nk copy paste utk share gn org lain pulak..? Semoga admin dicurahkan rahmat dr Allah swt dgn ilmu yg dkongsikan ini...Amin...
ReplyDeleteassalamualaikum admin. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ni
ReplyDeleteSaya share ya infonya .
ReplyDeleteSalam ukhwah..sy sgt takut ttg hri akhirat...mcm mne ye..mcm serba tak kena..sy nk jd yg sempurna namun hakikatnya sy cuma insan yg lemah lg hina.
ReplyDeleteAllahuakbar...perbanyakan dirimu dgn mengingati Allah.buang usaha dunia yg berlebihan,utamakan akhirat biar org kata berlebihan.
DeleteMohon share info ya...
DeleteSekira nya x silap golongan ke lapan itu ialah yang membunuh Kafir yang ada perjanjian damai atau genjatan senjata dengan pihak Muslimin bukan Putra Mahkota.
ReplyDeletePutra mahkota Wali al-'Ahd ولي العهد
Mohon share infomasi nya
ReplyDeleteMOHon share info ya
ReplyDeleteassalamualaikum,maaf ya klo bleh,setiap adanya hadis minta ditulis keterangan atau syarah kitab supaya tiada yg faham dgn sendiri.
ReplyDeletehmmmmm alang kah indah klu satu dunia islam....tiada setan menghasut,manusia tiada hawa nafsu mesti best kan
ReplyDeleteApa pula hukumnya lelaki menyerupai perempuan..
ReplyDelete