Oleh : Ustaz Hassan Ahmad
(mantan pensyarah UM)

MUKADDIMAH
(mantan pensyarah UM)

MUKADDIMAH
Sudah
menjadi lumrah kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air
kita, apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli
keluarga si mati itu akan menyediakan makanan dan minuman.
Pada
kebiasaannya, keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi
bungkus mengikut bilangan orang yang hadir bersembahyang jenazah atau
mengikut jumlah
orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkankan mayat, termasuk penggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus akan diedarkan dan dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang turun dari rumah.

Kemudian,
pada malam pertama hingga malam ke tujuh diadakan majlis tahlil kepada
roh si mati, dan sesudah majlis tahlil, keluarga si mati akan
menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran dan para jemaah yang
hadir, sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut kadar kemampuan
masing-masing. Manakala pada malam
ketiga, ketujuh, kedua puluh, keempat puluh dan ke seratus pula, pada kebiasaannya, akan dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan yang enak-enak. Kemudian
setiap malam Jumaat selepas hari ke tujuh hingga hari keempat puluh atau kadang-kadang sehingga hari ke seratus, diadakan lagi majlis-majlis tahlil, dengan setiap lepas tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan masakan oleh ahli si mati.