Showing posts with label mendidik anak. Show all posts
Showing posts with label mendidik anak. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

5 TIPS MENDIDIK ANAK TANPA MEMARAHI MEREKA..






Memarahi anak
dengan berlebihan apalagi dengan kekerasan fizikal bukanlah solusi untuk mendisiplinkan anak. Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan, begitu pula  dengan anak. Apalagi jika kesalahannya dilakukan tanpa sengaja. Sesungguhnya kekerasan yang kita lakukan dapat memicu anak untuk melakukan kekerasan juga. Bahkan mungkin akan masuk ke alam bawah sedarnya hingga terbawa hingga ke masa dewasanya kelak.

Berikut adalah beberapa tips saat anak melakukan kesalahan :


Saturday, February 9, 2013

DIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM





Sebagai agama
yang sempurna , Islam ada mengajarkan kepada umatnya kaedah mendidik anak supaya ia hidup tumbuh subur secara sempurna, dan moga2 akan membawa kebaikan kepada dirinya dan kepada orang lain. Segera lah anda perhatikan supaya:


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar
  anak dengan  tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

23) Jika anda belum memulakan salah satu atau semua perkara di atas, mulakanlah hari ini juga. Waktu anak-anak akan terus berlalu meninggalkan kita....ibu-bapanya.
Dipersilakan SHARE ♥

Via: I Am A Muslim (silakan Like)

Saturday, February 4, 2012

MENDIDIK ANAK : PESAN SAIDINA ALI R.A


Alhamdulillah, perbanyakkan kesyukuran jika anda telah mempunyai cahaya mata. 


Baiklah pada post kali ini, saya ingin kongsikan cara mendidik anak  seperti yang di ajarkan oleh Saidina Ali r.a.. Kaedah ini bukan sahaja bersesuaian digunakan untuk ibu bapa, malah, para guru, abang, kakak, jiran tetangga dan sebagainya.



7 Tahun Pertama (Awal kelahiran sampai umur 7 tahun)
  • Bermainlah denganya dan bergurau senda.
  • Bergurau dalam lingkungan umur ini dapat menjalinkan rasa kasih dan sayang dengan ibubapa.
  • Kanak-kanak amat senang dengan permainan dan ketawa ria.
  •  
7 Tahun Kedua  (Selepas Kelahiran 7-13 Tahun)
  • Disiplinkan anak-anak anda.
  • Sebab itu Nabi bersabda : “Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun”.
  • Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik,  berkembang dan perlu dipimpin.
  • Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya.
  • Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
  • Bak kata pepatah “Lentur buluh biarlah dari rebungnya”.
  •  
7 Tahun Ketiga(13 – 19 Tahun)
  • Berkawanlah dengan mereka.
  • Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
  • pendekatan psikologi harus digunakan oleh ibubapa.
  • Ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. Dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.
  • Emosi mereka juga mudah terusik.. Ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
  • Jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
  • Bersedialah dengan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.
  • Kalau kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan orang lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. Mungkin dia mencarinya dari kawan-kawan  atau membuat rumusannya sendiri.
  •  
7 Tahun Keempat  (19 Tahun- Sehingga dia berumah tangga)
  • Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
  • Pada ketika ini mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup.
  • Elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
  • Pada ketika ini tegurlah mereka dengan cara dewasa.
  • Ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.
InsyaAllah,  jika mereka di didik dengan cara begini sejak kecil, masalah kerosakan akhlak anak-anak dapat kita atasi bersama.