Wednesday, July 30, 2014

10 KESILAPAN BESAR ISTERI TERHADAP SUAMI...




Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Iaitu:

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.

Friday, July 25, 2014

CARA (SUNNAH) MENYAMBUT AIDILFITRI





Assalamualaikum,

Menjelang tiba 1 syawal 1435H tak berapa lama lagi, eloklah kita semak kembali cara Rasulullah menyambut Aidilfitri kerana ianya adalah cara yang yang paling tepat untuk kita jadikan panduan. Dan sudah tentu kita mendapat pahala jika kita mengikuti cara (sunnah) tersebut. Ini lah yang Rasulullah lakukan:

Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :

Wednesday, July 23, 2014

KELEBIHAN MATI SYAHID







Orang yang mati syahid atau syuhada' ialah mereka yang ikhlas berperang dengan orang-orang kafir untuk membela agama Islam, lalu dia terbunuh dalam peperangan itu. Demikian juga orang yang terluka dalam peperangan tersebut lalu dia mati (di luar peperangan) hasil akibat luka tersebut, juga dianggap syahid sebagaimana orang yang terbunuh dalam peperangan.


Saturday, July 19, 2014

KENALI BRIGED AL QASSAM


SIAPA ITU BRIGED AL QASSAM?

BRIGED AL QASSAM: GENERASI MUDA PERINDU SYAHID | Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Thursday, July 3, 2014

RAMADHAN PESTA MAKANAN?




-Di  zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat


- Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan


-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga


Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa: