Showing posts with label Mursi. Show all posts
Showing posts with label Mursi. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

MENGAPA MURSI DIUJI SEBERAT INI?



Ust. Ammar Hanafy, teman DR. Muhammad Mursi -presiden Mesir sekarang- ketika sama-sama berada dalam penjara (dulu saat era rejim Mubarak), menceritakan:

    "DR. Muhammad Mursi semasa  dalam penjara menghabiskan waktu-waktunya untuk beribadah. Selama 20 jam dalam sehari semalam beliau berpindah dari shalat, tilawah, munajat dan dzikir. Hanya 4 jam waktu beliau untuk rehat . Maka,  tidak hairan bila Allah memikulkan amanah yang begitu berat ke atas bahu  beliau, kerana Dia sendiri yang akan membelanya".

    Isteri beliau juga menceritakan: "Setiap malam pulang bertugas dari istana Ittihadiah, suamiku selalu tenggelam dalam ibadahnya. Ia shalat dan bermunajat sampai janggotnya basah oleh air mata. Bantalnya sering basah ketika bangun tidur kerana menangis. Beliau sangat takut kepada Allah. Takut pertanggungjawaban terhadap amanahnya yang berat di akhirat kelak".


Semoga Allah memperbanyak pemimpin yang meniru langkah Khalifah Umar bin Abdul Aziz.


*by zulfi akmal

sumber:  muslimina

Monday, July 29, 2013

'DITIKAM' ORANG KANAN SENDIRI...





Kaherah:
Kali terakhir wartawan menjejakkan kaki ke Kaherah pada Disember tahun lalu, sudah wujud bibit-bibit tentangan senyap terhadap presiden baru Mesir, Muhamed Mursi Isa’ Al-Ayyat.

Ketika itu golongan penentang yang tidak menyukai Mursi terus berkhemah di Dataran Tahrir walaupun Mursi sudah memenangi pilihanraya umum dan dipilih rakyat untuk membawa perubahan kepada negara itu.

Monday, July 15, 2013

ULAMA AZHAR SIAP UNTUK SYAHID




Kesediaan untuk mati syahid dalam menolak kudeta/rampasan kuasa  militer bukan hanya dilakukan oleh kader-kader Ikhwanul Muslimin. Sejumlah ulama Al Azhar tampak memimpin sebuah long march menuntut dikembalikannya legitimasi Presiden Muhammad Mursi sambil membawa kain kafan, Ahad (14/7) .

Munculnya para ulama Al Azhar ini sangat mengejutkan kerana sebelumnya beredar berita mereka “dikuarantin” di kompleks masjid Al Azhar oleh pasukan keamanan.

Memetik  Nabdh Ar Rabi’ah, laman Mesir Kini mengabarkan bahwa pasukan keamanan telah melarang azan dikumandangkan di Masjid Al Azhar dan menutup pintu masjid di hadapan para jamaah untuk kali pertama dalam sejarah Mesir. Hal itu dilakukan untuk menghalang para ulama' dan Imam Al Azhar yang dijadualkan melakukan long march dari Masjid Al Azhar selepas shalat Dzuhur menuju ke Medan Rabiah adawiyyah dalam rangka mendukung legitimasi Presiden Mursi dan menolak kudeta militer.

sumber: muslimina

Saturday, July 13, 2013

WASHINGTON MEMINTA MURSI DILEPASKAN..



Washington
meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :


Sunday, July 7, 2013

PRESIDEN MURSI KEMBALI BERKUASA?



Khabar angin?
Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. 


Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara.

Saturday, July 6, 2013

MAJLIS SYURA MESIR AKUI MURSI MASIH PRESIDEN YANG SAH




Majlis tinggi Syura Mesir dengan suara majoriti sepakat untuk tidak mempercayai Abdul Fatah As-Sisi, ketua  angkatan bersenjata Mesir yang baru saja melakukan kudeta sepihak terhadap kepemimpinan presiden sah terpilih Muhammad Mursi. As-Sisi dianggap banyak pihak melakukan pengkhianatan besar terhadap negara.

Pertemuan tertutup Dewan itu menghasilkan kesimpulan Majlis Syura menolak kudeta sepihak yang dilakukan Abdul Fatah As-Sisi.