Showing posts with label solat jemaah. Show all posts
Showing posts with label solat jemaah. Show all posts

Friday, July 25, 2014

CARA (SUNNAH) MENYAMBUT AIDILFITRI





Assalamualaikum,

Menjelang tiba 1 syawal 1435H tak berapa lama lagi, eloklah kita semak kembali cara Rasulullah menyambut Aidilfitri kerana ianya adalah cara yang yang paling tepat untuk kita jadikan panduan. Dan sudah tentu kita mendapat pahala jika kita mengikuti cara (sunnah) tersebut. Ini lah yang Rasulullah lakukan:

Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :

Wednesday, April 3, 2013

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH...



Pengertian solat jemaah


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
Fardhu ain pada solat Jumaat;
Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.


Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,


Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:


Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.


Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.


sumber:  rakanmasjid.com

Wallahu a’lam.

Wednesday, May 16, 2012

SOLAT DAN KEMENANGAN ISLAM





Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi ber  da'wah di negeri Jordan.

Ketika di Jordan beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di masjid,"kata tentera Israel itu.
Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya ,"Kenapa?" Dia pun menjawab "Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis :"Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur."

"Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak dapat  kalahkan kami."
Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.

Seperti mana sudah  di ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh dapat ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentera Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuh umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam akan  meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Seseorang yang meninggalkan solat walaupun satu solat fardhu dengan sengaja ,namanya akan tertulis di pintu neraka dan dia pasti akan memasukinya"
(Kitab 'Qurratul 'Uyun') Hazrat Abu Laith Samarqandi rah.

Monday, January 2, 2012

Meninggalkan Solat Jemaah, Meninggalkan Sunnah

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MELAKSANAKAN SOLAT JEMAAH.

Muslim yang baik cuba sedaya upaya untuk solat berjemaah di Masjid walau di manapun dia berada, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Jika seorang muslim itu berwuduk dengan sempurna, kemudian keluar dengan niat untuk solat di Masjid,maka setiap langkah yang diambilnya, akan ditinggikan kedudukannya dalam syurga dengan satu tingkatan dan dihapus dosa-dosanya.

Bila dia solat, malaikat sentiasa mendoakannya :

‘Ya Allah, rahmatilah dia, kasihanilah dia’selagi dia tetap berada di tempat solatnya dan wudhuknya masih ada, dia dikira sedang solat sepanjang menanti waktu solat tiba’.(H.R. Bukhari Muslim)

Rasulullah s.a.w. menjanjikan syurga kepada orang yang suka solat berjemaah di Masjid pada waktu pagi dan malam. Baginda bersabda : ‘ Allah akan mnyediakan sebuah tempat di Syurga untuk orang yang pergi Masjid di waktu pagi dan malam, setiap kali dia pergi masjid’. (H.R Bukhari Muslim).

Para sahabat selalu menghadiri solat berjemaah di Masjid.
Mengenai hal ini Abdullah bin Mas’ud r.a berkata :
‘Sesiapa ingin bertemu Allah sebagai seorang Muslim, maka hendaklah dia tetap ke Masjid bila sampai waktu solat. Allah telah menunjukkan jalan yang lurus kepda Nabimu, dan solat ini ( di Masjid) adalah sebahagian daripadanya. Sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu seperti orang ini yang solat di rumahnya, maka kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka kau telah SESAT.

Telah ada masa apabila hanya orang munafik yang solat di rumahnya. Pada masa itu, seorang lelaki dipimpin oleh dua sehingga dia berdiri dalam saf’. (H.R. Muslim).

Rasulullah s.a.w. sangat memberi perhatian terhadap pentingnya solat berjemaah di Masjid sehingga Baginda mahu membakar rumah-rumah mereka yang enggan ke Masjid.

‘ Demi Dia yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, aku ingin menyuruh supaya dikumpulkan kayu api dan dibawa kepadaku, lalu menyuruh supaya azan, kemudian menyuruh aku menyuruh seseorang menjadi Imam, maka aku pergi ke rumah orang-orang yagn enggan datang berjemaah lalu aku bakar rumah-rumah mereka.(H.R. Bukhari Muslim).

Para sahabat tidak pernah menjadikan jauh tempat tinggal mereka sebagai alas an untuk tidak berjemaah di Masjid. Mereka tetap datang apabila mendengar seruan azan, tidak kira berapa jauh pun jarak rumah mereka dari Masjid. Solat berjemaah sangat disukai mereka sehingga mereka gembira dengan jarak jauh antara rumah mereka dengan Masjid yang terdekat. Kerana hal itu dicatit sebagai amalan yang memberi ganjaran pahala yang besar.

Ubay bin Ka’ab berkata :
‘ seorang lelaki Ansar yang yang rumahnya agak jauh dari Masjid berbanding rumah orang lain yang aku tahu, tetapi dia tidak pernah tinggal solat berjemaah. Seseorang bertanya kepadanya :’ ‘ Mengapa kamu tidak membeli keldai untuk ditunggangi bila malam atau ketika cuaca sangat panas?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak suka rumahku bersebelahan dengan Masjid, kerana aku mahu berjalan kaki semasa pergi dan pulang agar dicatit sebagai perbuatan yang mulia’. Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Allah telah memberi kamu pahala untuk hal itu’.

Oleh itu , dengan sekuat hati saya mengajak diri saya dan saudaraku sesama muslim supaya bersegera mendirikan solat berjemaah di mana sahaja azan dilaungkan demi mematuhi saranan Nabi kita s.a w yang sangat2 menuntut supaya kita mendirikan solat secara berjemaah. Apabila kita lulus dalam hal ini maka Allah akan permudahkan dalam hal yang lain. Insya Allah..

Wassalam.