Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

KEUTAMAAN SEDEKAH

Oleh: Dr Zaharuddin Abd Rahman



KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.
2- Memadamkan kemarahan Allah taala.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
7- Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat terpuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.


BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK
1. Sedeqah yang disembunyikan.
2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga
6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.
8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

Friday, April 18, 2014

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH





Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,

“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”

Nabi Ayub menjawab,
“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.
“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:


لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,
“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.

Yang satu lagi menyeru,
“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda,
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.

Dan sabdanya lagi,
“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”

Begitu juga harta.

“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”
Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.


Sumber:  http://rahsiasedekah.wordpress.com/2010/06/15/berkat-rezeki-kerana-bersedekah/

Monday, March 11, 2013

JANGAN ABAIKAN SEDEKAH...


Setiap hujung bulan kita di berikan Allah gaji ribuan ringgit tanpa kita sedar itu semua adalah nikmat dari Allah.  Namun ada di antara kita sayang nak keluarkan seringgit dua kedalam tabung2 kebajikan yang biasa kita jumpa.

Kita lupa, hidup adalah masa untuk beramal. Dan jika kita mengetahui kelebihan sedekah, hari2 kita mahu bersedekah :


1. MEMBUKA PINTU REZEKI
.

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (Riwayat Imam Al-Baihaqi).

Dalam salah satu hadits Qudsi, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “Hai anak
Adam, berinfaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan nafkah kepadamu.” (Riwayat Imam Muslim)


2. MENGUBATI ORANG SAKIT.

Rasulullah SAW bersabda : “Bentengilah hartamu dengan  zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (Riwayat Imam Ath- Thabrani)


3. MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DAN MENGURANGI KESAKITAN SAKARATUL MAUT.

Dalam buku Fiqh as-Sunnah karangan Sayyid Sabiq, disebutkan Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Sedekah meredakan kemarahan Allah dan menangkal (mengurangi) kepedihan
saat maut.”


4. NAUNGAN DI HARI KIAMAT.


Rasulullah SAW bersabda : “Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah
sedekahnya.” (Riwayat Imam Ahmad).

Bersedekahlah Walaupun Sedikit


Bersedekah setiap hari walaupun sedikit, akan membuka rahmat dan hidayah dari Allah. Sesuai dengan sabda Nabi kita:

"Dari Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a. katanya, dia datang kepada Rasulullah SAW, lalu dia bertanya:

"Ya Nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya??

Jawab Nabi SAW: "Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu." (HR Muslim)


Dan sebaik-baik amal itu adalah yang berterusan walaupun sedikit , walaupun seringgit.
Wallahu'alam.

sumber:   QchintaMu ChintaKu

Sunday, January 15, 2012

Kelebihan Sedekah:




1. Hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

2.                      Malaikat berseru : Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya .                              (Al-Hadith)

3.                      Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka.                                  (Al-Hadith)

4.                      Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

·    Lima di dunia

-       Mencucikan hartanya
-       Mencucikan badannya
-       Menolak bala dan penyakit
-       Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
-       Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

·    Lima di akhirat :

-       Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
-       Ringan hisabnya
-       Berat timbangannya (amalan) di akhirat
-       Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
-       Bertambah darjatnya di dalam syurga

5.                        Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan 
                            (al hadith)


6.                       Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu )                        (Al-Hadith)

7.                            Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air.  Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka .

8.                            Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun.  Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah.  Apabila datang peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akannya dengan jahat walaupun sedikitpun.  Berbahasalah dengan manis muka.  Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu separuh daripada hartamu.  Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang yang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatNya (rezeki) kepadamu .

9.                          Barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat .                                   (Al-Hadith)

10.              Maskahwin bidadari itu (sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti .           (Al-Hadith)

11.              Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan Syurga )                       (Al-Hadith)

12.              Sabda Nabi saw :
.
“ Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar.”diulangi oleh Nabi  tiga kali .(Begitu sekali Nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah )

13.              Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur                      (Al-Hadith )

14.              Dari sebuah Hadith mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh Malaikat datang empat puluh hari sebelum diadakan jamuan.  Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib.  Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya.  Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka.  Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka .     Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka.  Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu.  Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu .
(dari kitab Raudhul Ulama’)

15.              Orang yang taat kepada Allah dengan lidahnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil- ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat.  Dia dimasukkan ke dalam neraka .

16.              Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal, maka diampunkan dosanya, diberi pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.  Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa-apa faedah baginya melainkan azab Allah ke atasnya, kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw :

“ Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ disediakan oleh Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta haram.”
                                                                                                               (Al-Hadith )

17.              Telah bersabda Nabi saw :
“ Orang yang memberi makan atau sedekah dengan satu suap daripada yang haram maka Allah akan memberi kepadanya daripada besi yang dihancurkan daripada api neraka jahanam hingga cair seperti air.  Apabila dimakannya putuslah isi perutnya.  Masuk makanan itu daripada mulutnya, keluar daripada duburnya.  Maka berserulah Malik Zabaniah : Inilah balasan orang yang berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya.”       (Al-Hadith)

18.              Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayanginya.  Firman Allah Taala : “ Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan (sedekah,hadiah) dari apa yang kamu sayangi .”  (Al Quran)