Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Monday, September 9, 2013

SELEPAS MURSI DIGULINGKAN, FILEM2 SEKS DAN ZINA KEMBALI MEMBARA



10 Filem terlepas dari Badan Penapisan Filem Mesir, yang di era Mursi sudah "selektif" memilih filem-filem yang diedarkan.

Yang faham Syariah dan mengerti sejarah khilafah dan berusaha memperjuangkannya dengan nyata, pasti faham bahawa Kudeta yang didukung hanyalah menjalankan agenda besar sang big boss, Zionisme. Mursi telah diserang dari Kanan,Kiri,Belakang,Depan,hingga atas.

Efeknya dahsyat bukan?

sumber: muslimina

Sunday, August 25, 2013

ADAKAH DEMONSTRASI AMAN ITU KHAWARIJ?



Penjelasan oleh tokoh pemikir Islam Mesir, Dr Muhammad 'Imarah tentang video fatwa bahawa orang yang keluar berdemonstrasi adalah khawarij dan terbunuhnya penunjuk perasaan. Berikut beberapa point penting dalam ucapan beliau;

- Menghukumkan khawarij maksudnya ialah keluar menentang pemerintah yang sah dengan bersenjata. Mereka yang keluar berdemonstrasi secara aman menentang rampasan kuasa tentera tidaklah dihukum begitu kerana mereka keluar untu mempertahankan perlembagaan dan hak-hak mereka.

- Walaupun mereka keluar bersenjata menyokong Dr Morsi, itu tidaklah menjadikan mereka kafir tetapi disebut sebagai 'bughoh' (ingkar) dan tidak mengeluarkan mereka dari agama. Tidak layak untuk seseorang menghukum seseorang yang bergaduh dengannya sebagai terkeluar dari agama (kafir).

- Penunjuk perasaan secara aman menentang rampasan kuasa apabila dibunuh dikira syahid.

- Tiada ketaatan pada makhluk yang menyuruh kepada maksiat pada Pencipta. Dan ke atas tentera dan pegawai yang tidak menuruti perintah membunuh penunjuk perasaan, walaupun mereka dibunuh kerana enggan menaati perintah, dia dikira syahid.

- Penentangan secara aman ke atas rampasan kuasa adalah wajib. Kerana jika kita tidak menentang rampasan kuasa ini, pasti negara akan menjadi mangsa kepada negara polis yang dibuat Mesir.

*video (arab) penuh klik sini
http://www.youtube.com/watch?v=t2ru5Qfm_bo

Sumber: FJP

Tuesday, August 20, 2013

Peringatan dari Masjid Nabawi untuk Para Da’i Pendukung Demo: Kalian Turut Bersama Membunuh Rakyat Mesir

Mesir2

Syaikhuna Al-’Allaamah DR. Shalih bin Sa’ad As-Suhaimi hafizhahullah berkata pada majelis beliau di Masjid Nabawi, Madinah, kota Nabi shallallahu’alaihi wa sallam,
والواجب عليهم إذا اشتعلت الفتن في بلادهم أن يلزموا بيوتهم، وأن يعتزلوا تلك الفتن. اعتزلوا تلك الفتن ولا تخوضوا في الميادين التي تقع فيها المظاهرات التي استُقِيَت من اليهود والنصارى، أيا كانت تلك المظاهرات. كل هذه المظاهرات مظاهرات شيطانية إبليسية سواء غُلِّفت باسم الدين أو غُلِّفت باسم العلمنة والتّقدّم وما إلى ذلك.
وأنا لا أستغرب أن يقع فيها الغوغائيين والعوام، أنا أستغرب من دعاة يُسمَّون: دعاة الصحوة! والله الذي لاإله غيره إن الذين يصيحون في المظاهرات ويؤيدونها ولو كانوا من أدعياء الصحوة….والله إنه مشارك في سفك دماءالمسلمين.
والله والله والله يمين أتقرب بها إلى الله وأسأل عنها يوم القيامة أنهم مشاركون في سفك دماءالمسلمين وأقسم بالله على هذا. خذوهاعني فتوى أتقرب بها إلى رب العالمين، والله الذي لاإله غيره: منا من يؤيد تلك المظاهرات؛ والله إنه مشارك في سفك دماءالمسلمين.
يا أهل الكنانة ويا أهل بلاد كذا وكذا؛ الزموا بيوتكم وادعوا الله والجؤوا إليه، ولاتؤيدوا زيدا ولا عبيدا من هؤلاء المتناحرين.
يكفي أن المظاهرات يا أخي مبدأ ماسوني، مبدأ يهودي، من أين جاءنا؟! من أين عُرف؟! هذه المخططات بروتوكولات حكماء صهيون. والله لايدخل فيها إلاجاهل لايعرف الدين الصحيح سواء أيد فلانا أم عارض فلانا، الزم بيتك، الزم بيتك، اتق الله والزم بيتك.
“Wajib atas mereka (penduduk Mesir) apabila berkobar api fitnah (kekacauan) di negeri mereka untuk kembali ke rumah-rumah mereka dan menjauhi fitnah tersebut.
Jauhilah fitnah itu, janganlah kalian masuk ke lapangan-lapangan yang dilakukan padanya demonstrasi, yang hal itu diambil dari kebiasaan Yahudi dan Nasrani.

Demonstrasi apa saja, semuanya ajaran setan iblis, sama saja apakah mengatasnamakan agama, sekulerisme, kemajuan dan lain-lain.

Dan aku tidak hairan dengan ikut sertanya orang-orang tak berakal dan awam dalam aksi demo, yang aku hairan adalah ikut sertanya sebagian da’i, yang dinamakan da’i-da’i “kebangkitan” (Islam).
Demi Allah yang tidak ada yang berhak disembah selain-Nya, yang ikut berteriak-teriak dalam aksi demo dan mendukungnya, meskipun dianggap da’i kebangkitan, demi Allah ia telah turut andil dalam pembunuhan kaum muslimin.
“Demi Allah, demi Allah, demi Allah, sumpah yang aku mendekatkan diri kepada Allah dengannya, dan aku akan ditanya tentangnya pada hari kiamat, bahwasannya mereka termasuk penyebab tumpahnya darah kaum muslimin, dan aku bersumpah demi Allah atas hal ini.

Ambillah fatwa ini dariku, dengannya aku mendekatkan diri kepada Rabbul ’alaamiin. Demi Allah yang tidak ada yang berhak disembah selain-Nya, diantara kita yang mendukung aksi-aksi demo, maka demi Allah, ia termasuk penyebab terbunuhnya kaum muslimin.
Wahai penduduk Kinanah (Mesir), dan penduduk negeri-negeri lainnya (yang terjadi kekacauan), tetaplah di rumah-rumah kalian, berdoalah kepada Allah dan kembalilah kepada-Nya, dan janganlah kalian mendukung Zaid maupun Ubaid (yakni siapa saja) yang saling bertikai.
Cukuplah kalian tahu wahai Akhi, bahwa demonstrasi adalah prinsip Masoni, ajaran Yahudi, dari mana datang kepada kita?! Dari mana dikenal?! Ini termasuk yang sudah direncanakan dalam Protokolat pemerintah Zionis.
Demi Allah, tidak ada yang berdemo kecuali orang jahil, tidak mengerti ajaran agama yang benar, sama saja apakah demonya itu untuk mendukung fulan atau menolak fulan.
Tetaplah di rumahmu, tetaplah di rumahmu, bertakwalah kepada Allah dan tetaplah di rumahmu.


وصلّى الله وسلّم وبارك على نبيِّنا مُحمّد وعلى آله وصحبه أجمعين


Diterjemahkan secara makna dari nasihat Syaikhuna Al-‘Allamah Shalih As-Suhaimi hafizhahullah pada majelis beliau di Masjid Nabawi Madinah, kota Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, yang ditranskrip oleh Abu AbdirRahman Usamah jazaahuLlaahu khayron.

Kedahsyatan Pembunuhan di Medan Rabiatul Adawiya




Oleh : Dr Hafidzi Mohd Noor

Lebih 2,200 rakyat Mesir terbunuh syahid dan 10,000 cedera dalam satu hari di Rabiah dan beberapa tempat lain.

Untuk mendapat gambaran betapa dahsyatnya pembunuhan di Rabiah, saya nak bandingkan dengan Omaha beach, France pada 6 Jun 1944 dalam operasi D-Day Perang Dunia ke dua. Bilangan tentera US yang terbunuh dan cedera di sepanjang pantai Omaha pada 6 Jun itu ialah lebih kurang 3,000 orang. Tentera Jerman yang terkorban dalam lingkungan 1200 orang. Untuk mendapat gambaran yang agak baik tentang landings di Omaha ini boleh tonton Savings Private Ryan.

Dan jangan lupa apa yang berlaku di Omaha ialah pertempuran. Di mana 43,000 tentera Amerika yang mendarat berdepan dengan 7000 tentera Jerman dengan 85 machine gun points (MG 42 yang memuntahkan peluru pada kadar 1,200 butir seminit) dan lain-lain senjata berat. Kedua-dua pihak bersenjata dan mempunyai peluang untuk menyerang dan melawan.

Sunday, August 18, 2013

SERUAN DARI MASJID NABAWI KEPADA RAKYAT MESIR....


 

Syaikhuna Al-’Allaamah Dr. Shalih bin Sa’ad As-Suhaimi hafizhahullah berkata pada majlis beliau di Masjid Nabawi, Madinah, kota Nabi shallallahu’alaihi wa sallam,
“Terjadinya banyak pembunuhan termasuk tanda-tanda kiamat, apa yang terjadi saat ini secara khusus di negeri-negeri muslim dan di dunia internasional termasuk tanda-tanda kiamat,  iaitu banyaknya pembunuhan yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

Saturday, August 17, 2013

Mahmoud Badr, Ketua Tamarrod Mesir Oposisi Mursi Ternyata Penganut Agama Syiah



http://www.bumisyam.com/sites/uploads/2013/08/mahmoud-badr-640x443.jpg

Bumisyam -
Mahmoud Badr, ketua gerakan Tamarrod Mesir ternyata penganut agama Syi’ah. Tamarrod adalah gerakan yang mempelopori pemberontakan terhadap pemerintahan Muhammad Mursi di Mesir.

Bukti bahwa Mahmoud Badr adalah penganut agama Syiah dipampangkan oleh dirinya sendiri pada akaun facebooknya.
“Saya punya 4 orang yang saya panggil di saat-saat sempit; Hasan, Husain, Sayyidah (Fathimah) dan Imam Ali…” ujar Badr di akaun facebooknya, seperti dipetik dari Islampos (17/08/2013).

Selain itu, Badr juga menampilkan foto dirinya dengan latar belakang sebuah poster Hassan Nasrallah.

Hizbullah adalah gerakan Syiah yang berada di Lebanon. Syiah Hizbullah ikut terlibat membantu rejim Bashar Assad dalam aksi aksi pembantaian terhadap umat Islam Syria.

Rep : Administrator

sumber: bumisyam

Friday, August 16, 2013

MENYOROT SEJARAH PANJANG IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR....


DETIK DAILY


Rampasan kuasa tentera Mesir menggulingkan Presiden Morsi memerlukan analisis lebih mendalam, termasuk sejarah panjang pemerintahan diktator negara itu dan latar belakang mengenai liku-liku perit yang dilalui Ikhwanul Muslimin selama hampir 60 tahun.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dirasakan tokoh akademik dan pengamat politik Timur Tengah yang paling layak memberikan pandangan terhadap krisis di Mesir. Wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan ARIF ATAN menemubual Dr Redzuan di kediamannya, Sungai Ramal, Kajang, pertengahan Julai lalu.

HARAKAH: Presiden pertama Mesir yang dipilih rakyat dalam satu pilihan raya yang diakui adil dan bebas telah digulingkan hanya selepas setahun berkuasa. Ada pihak melihat dalang di sebaliknya adalah pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Sebagai tokoh akademik yang lama mengikuti politik Mesir, termasuk gerakan Ikhwanul Muslimin, tentu Prof lebih arif tentang apa sebenarnya yang berlaku?

Thursday, August 15, 2013

ALLAH SENTIASA MENILAI PERBUATAN PERAMPAS KUASA ITU!





Kata Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawy, hafizhahullah:

"Sisi, Beblawi, Adly Mansour, Baradei terlibat dalam aksi kejahatan ini. Mereka akan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah dan rakyat Mesir. Sungguh apa yang terjadi hari ini tidak pernah terjadi sebelumnya bahkan hingga pada dinasti Mamalik sekalipun, tak pernah ada pembantaian sebesar ini atas rakyat Mesir."



Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata :

"Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)".

"Wahai saudara kita di Mesir, darah kamu darah kami, tiada siapa yang merelakan pembunuhanmu dan pembakaranmu kecuali musuh-musuh Islam dan musuh-musuh manusia. Semoga Allah menerima kesyahidan mereka, dan tetapkan pautan hati dikalangan keluarga-keluarga mereka"

Kita memerlukan asatizah yang lantang bersuara dan mampu menggerakkan massa, memahami setiap peristiwa dan mengulas dengan tepat, bukan di saat ummat Islam dibunuh masih sibuk berbincang soal hukum dan lain-lain sedangkan jelas terbentang di depan mata kita muslim menumpahkan darah muslim tanpa hak. Mereka berada dalam denyut nadi ummah ini. Kata-kata mereka hidup dan memberi nafas perjuangan. Barakallah ya Syekh Qaradhawi , Syekh A`rifi !

‪#‎mesirkini‬

Wednesday, August 14, 2013

MEREKA SYAHID JUA AKHIRNYA...



Akhirnya kesempatan untuk mendapatkan syahid di Medan Al-Adawiya di perolehi  oleh para Mujahid Demonstran Ikhwanul Muslimin. Sekitar 2000 orang Syahid dan dan lebih dari 10000 orang lainnya mengalami luka. Hospital  pun dan wad-wad kecemasan dipenuhi oleh korban pendukung Presiden Mohammed Morsi baik yang meninggal maupun yang terluka parah.

Korban rata-rata mengalami luka tembak sebagai akibat tembakan  peluru tajam yang ditembakkan oleh militer dengan menggunakan helikopter. Khemah-khemah dibakar dan dirobohkan dengan menggunakan buldozer, tembakan gas pemedih  mata untuk membubarkan demonstran yang semakin ramai.
















sumber: zilzaal

Tuesday, July 30, 2013

ALASAN MENGAPA MURSI DIGULINGKAN...KETAKUTAN ISRAEL




Ketua  intelijen Israel menyebutkan diantara sebab utama penggulingan  Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maroko, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membangun kekuatan di Syria  dan Jordan.



Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di berbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.


Monday, July 29, 2013

'DITIKAM' ORANG KANAN SENDIRI...





Kaherah:
Kali terakhir wartawan menjejakkan kaki ke Kaherah pada Disember tahun lalu, sudah wujud bibit-bibit tentangan senyap terhadap presiden baru Mesir, Muhamed Mursi Isa’ Al-Ayyat.

Ketika itu golongan penentang yang tidak menyukai Mursi terus berkhemah di Dataran Tahrir walaupun Mursi sudah memenangi pilihanraya umum dan dipilih rakyat untuk membawa perubahan kepada negara itu.

Sunday, July 28, 2013

KENYATAAN DR YUSUF AL QARADAWI BERKENAAN PEMBUNUHAN DI MESIR




(1) Pernyataan #Alqardhawi sekitar pembunuhan orang awam  tak berdosa di Nasr City subuh Sabtu tadi (27/7/2013). Disiarkan Al Jazeera.

    (2) #Alqardhawi mengkritik Sisi yang hanya menganggap demo puluhan/ratusan ribu di Tahrir dan Ittihadiyah dan melupakan puluhan juta di jalan-jalan.

    (3) Puluhan juta rakyat yang berdemo tolak rampasan kuasa  tidak dianggap rakyat Mesir oleh Sisi, sehingga  dia menumpahkan darah rakyatnya.

    (4) Menumpahkan darah abriya' (sivil takberdosa) adalah kriminal berat dalam agama. Ia (pelakunya) harus bertanggungjawab. #Alqardhawi

    (5) Apapun alasan dan klaim dukungan rakyat, tidak membenarkan melakukan pembunuhan orang yang sedang  shalat tarawih, qiyam. Mereka  dibunuh zhalim.

    (6) Korban syuhada itu bukan hanya dari kelompok Ikhwan, tapi semua elemen rakyat turun ke jalan menuntut konstitusi dan legitimasi dikembalikan.

    (7) Boleh jadi pembunuhan juga terjadi di jalan2 dan di medan2, merek pendemo damai. Apakah kalian tega membunuh orang yang sedang Shalat? #Alqardhawi

    (8) Kalian, yang mendukung pembunuhan ini, termasuk polis dan tentera  ingatlah, TIDAK BOLEH membunuh muslim! Kalian tidak boleh mengulangi ini.

    (9) Kalian, polis dan tentera , tidak boleh mentaati pemimpin kalian yang menyuruh maksiat dan zhalim. "Tidak ada keta'atan terhadap makhluk dalam bermaksiat".

    (10) Anda, bertaubatlah pada Allah. Begitu juga Ulama Azhar, putra-putra Azhar untuk menolak pembunuhan. Ini tidak boleh terjadi.

#Alqardhawi

    (11) Sebab, membunuh satu orang berarti membunuh umat manusia semua. Saya serukan semua keluarga besar Azhar utk menyelamatkan kemanusiaan.

    (12) Kepada Media Massa, di bahu  kalian tugas mulia, jangan sampai melacurkan diri dengan  memfitnah dan memutarbalikkan fakta. Beritakan yang benar!

    (13) Untuk muslim di seluruh dunia; di Indonesia  dan Malaysia, (beliau sebut banyak negara...) agar menghentikan pembunuhan ini. #Alqardhawi

    (14) Umat muslim di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menolong saudaranya di Mesir. #Alqardhawi

    (15) Teruntuk umat manusia secara umum, kalian mempunyai kewajiban kemanusiaan untuk  menghentikan pertumpahan darah ini. Apapun bahasa dan agama kalian.

    (16) Tapi, ingat "Para Syuhada itu, mereka  TIDAK MATI, mereka HIDUP di sisi Rabb mereka". #Alqardhawi

    (17) Saya seru rakyat Mesir semua, agar takut pada Allah. Semua rakyat Mesir yang meminum air NIL mereka manusia merdeka. #Alqardhawi

    (18) Kalian, tuntut konstitusi dan legitimasi dengan  cara damai. Semuanya: lelaki, perempuan, bahkan Nashrani Koptik yang merdeka, mereka bersama saudara muslim.

    (19) Amr Musa, Elbaradi, Shabbahi dll sedarlah, kalian tidak boleh memaksakan kehendak kalian. Kalian telah ikut pilihanraya umum  dan kotak suara memilih Mursi.

    (20) Saya serukan pimimpin dunia Arab, anda Raja Abdullah, wahai Khadim Haramain, juga pemimpin Emirat, kembalilah ke jalan Allah. #Alqardhawi

    (21) Kenapa kalian danai rampasan kuasa dan kerana itu kalian turut serta membunuh sivil takberdosa! kalian, bertaubatlah! #Alqardhawi

    (22) Wahai saudaraku di Rabi'ah Adawiyah, lanjutkan perjuangan kalian dengan  damai. "Kalian akan menang, meski kuffar benci". #Alqardhawi

    (23) Sekian.



*https://twitter.com/ulistofa

Saturday, July 27, 2013

PENYOKONG MURSI DIBEDIL MENJELANG SAHUR




Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur.


Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.


Thursday, July 25, 2013

NASIB MESIR DI TANGAN RAKYATNYA SENDIRI





“Mesir sekarang bukan lagi negara yang berkat. Dr Morsi mengambil masa paling kurang 30 tahun untuk mengubah sikap rakyat Mesir,” begitu kata seorang rakyat Mesir yang kami temui semasa berada di Mahmodiyah beberapa bulan yang lalu.

Benar sekali kata-katanya itu. Jika kita pergi ke Mesir dapat melihat bagaimana sikap pengguna jalan rayanya yang seolah tidak ada peraturan dan undang-undang, para peniaganya yang suka mengambil kesempatan, orang ramai yang suka membuang sampah merata-rata dan banyak lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku di sebuah negara yang bertamadun. Semuanya kerana sudah berpuluh tahun berada di bawah pemerintah diktator dan sekular.

Monday, July 15, 2013

ULAMA AZHAR SIAP UNTUK SYAHID




Kesediaan untuk mati syahid dalam menolak kudeta/rampasan kuasa  militer bukan hanya dilakukan oleh kader-kader Ikhwanul Muslimin. Sejumlah ulama Al Azhar tampak memimpin sebuah long march menuntut dikembalikannya legitimasi Presiden Muhammad Mursi sambil membawa kain kafan, Ahad (14/7) .

Munculnya para ulama Al Azhar ini sangat mengejutkan kerana sebelumnya beredar berita mereka “dikuarantin” di kompleks masjid Al Azhar oleh pasukan keamanan.

Memetik  Nabdh Ar Rabi’ah, laman Mesir Kini mengabarkan bahwa pasukan keamanan telah melarang azan dikumandangkan di Masjid Al Azhar dan menutup pintu masjid di hadapan para jamaah untuk kali pertama dalam sejarah Mesir. Hal itu dilakukan untuk menghalang para ulama' dan Imam Al Azhar yang dijadualkan melakukan long march dari Masjid Al Azhar selepas shalat Dzuhur menuju ke Medan Rabiah adawiyyah dalam rangka mendukung legitimasi Presiden Mursi dan menolak kudeta militer.

sumber: muslimina

Saturday, July 13, 2013

WASHINGTON MEMINTA MURSI DILEPASKAN..



Washington
meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :


IM: TERUSKAN PERLAWANAN DAMAI

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAEOYAUB0yQ2T0bZms-5KeAfRN0P90Hk5wmPOQONzCsrrRWIgTFu2qyZTvwmClZfyyTX-djZUGPz7u6iieKnbG9CI-QW91Oz1XsXSUmHfZIfNUV3uL2vDWNKBOn_xvfVYbQ97nxlL5qQ/s1600/Dr-Syafwat-320x198.jpg

Ikhwanul Muslimin Mesir bersumpah pada Khamis semalam untuk melanjutkan perlawanan “damai” atas penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Sebuah pernyataan dari Ikhwanul Muslimin agar menjauhkan massa Ikhwan dari upaya pembunuhan seorang komandan militer senior di Semenanjung Sinai.


Pernyataan itu muncul sehari setelah pemerintah sementara yang didukung militer Mesir untuk bertindak keras pada Ikhwan, dan memerintahkan penangkapan pemimpin Ikhwan dalam upaya untuk mematahkan kempen untuk mengembalikan Mursi, yang ditahan di fasiliti Kementerian  Pertahanan yang dirahsiakan.

“Kami akan melanjutkan perlawanan kami secara damai terhadap kudeta militer berdarah terhadap legitimasi konstitusional,” kata Ikhwan. “Kami percaya bahwa kehendak rakyat akan menang atas kekuatan dan penindasan.”


Wednesday, July 10, 2013

TIGA SITUASI YANG MENGGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI






Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat.

Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr. Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja, Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.


PEMBUHUNAN KEJAM TANPA PERI KEMANUSIAAN TENTERA MESIR




Dalam kejadian
pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.

Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.

10 PERUBAHAN DRASTIK PASCA KUDETA...



Baru lima hari Presiden Muhammad Mursi dikudeta/rampasan kuasa , Mesir telah berubah sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya 10 perubahan drastik terjadi di negeri seribu menara itu. Antaranya:

1. Penutupan pintu perlintasan Rafah. Akibatnya, umat Islam Gaza kini kembali “terpenjara” di balik blokade. Juga  umat Islam yang ingin membantu saudaranya kini tak dapat  memasuki Gaza. Bantuan juga tertahan.