Thursday, July 25, 2013

NASIB MESIR DI TANGAN RAKYATNYA SENDIRI





“Mesir sekarang bukan lagi negara yang berkat. Dr Morsi mengambil masa paling kurang 30 tahun untuk mengubah sikap rakyat Mesir,” begitu kata seorang rakyat Mesir yang kami temui semasa berada di Mahmodiyah beberapa bulan yang lalu.

Benar sekali kata-katanya itu. Jika kita pergi ke Mesir dapat melihat bagaimana sikap pengguna jalan rayanya yang seolah tidak ada peraturan dan undang-undang, para peniaganya yang suka mengambil kesempatan, orang ramai yang suka membuang sampah merata-rata dan banyak lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku di sebuah negara yang bertamadun. Semuanya kerana sudah berpuluh tahun berada di bawah pemerintah diktator dan sekular.



Ikhwan Muslimin dan beberapa pertubuhan Islam yang lain berusaha mengajak rakyat Mesir kembali kepada Islam, tetapi mereka dianggap sebagai musuh Negara. Ini kerana mereka yang tidak suka kepada Islam lebih ramai bilangannya.

Kerana itu mereka tidak mahu Dr Morsi menjadi Presiden Mesir kerana beliau dari Ikhwan Muslimin. Dan selepas ini mereka akan pastikan hanya pemimpin berfahaman secular sahaja menjadi Presiden Mesir.

Berita terbaharu, mereka yang merampas kuasa akan mengisytiharkan perang saudara. Tujuan mereka bagi melenyapkan Ikhwan Muslimin dan mereka yang mahukan Islam. Jika Ikhwan Muslimin dan pejuang Islam menang maka Islam tegak di bumi Mesir. Jika sebaliknya maka Mesir kembali seperti zaman pemerintahan Gamel Abdul Naser hingga ke Hosni Mubarak.

No comments:

Post a Comment