Wednesday, January 20, 2016

KENAPA SAYA KELUAR DARI JEMAAH TABLIGH?

      Daku mengenali jemaah tabligh sejak berumur 20an lagi. Sempat juga 'keluar' beberapa kali. Tapi hati ku agak ragu dengan jemaah ini kerana ia menyempitkan agama kepada beberapa perkara yang mereka lakukan sahaja.Tambahan pula daku melihat para seniornya (bukan semua) amat tegar menghisap rokok walaupun sudah sampai IPB. Lantas daku mencari lagi satu jemaah atau perjuangan lain yang lebih murni dan paling dekat dengan kaedah Rasul dan sahabat.

       Kisah dibawah sangat memberi kesan kepadaku kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai jemaah tersebut. Daku tidaklah berniat mahu memburuk2kan jemaah tersebut dengan artikel ini, tapi lebih kepada mencari kebenaran kerana daku mahu berpandukan dari  orang yang lebih tahu.

Tuan2 saya beri kebebasan menilai  akan kisah ini. Kerana tiada paksaan dalam hal ini. Dipersilakan membaca:


Friday, January 1, 2016

MAULID NABI: SATU SALAH FAHAM

maulid

Kita di nusantara ini memang biasa dengan perayaan maulid nabi. Ada orang mempertikaikannya. Daku pun hairan pada mulanya mengapa orang membid'ahkannya.

Akhirnya dengan sedikit pengajian dan pembacaan, daku temui jawapannya. Tuan2 dipersilakan mau bersetuju atau tidak. Tapi bila daku dalami secara tekun, ada logiknya dan ada dalilnya. Dipersilakan membaca di bawah:

SYIRIK & HAL YANG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA



Syirik itu Kesesatan yang Paling Besar

Syirik artinya menujukan sebagian ibadah kepada selain Allah, atau bisa katakan pula syirik adalah menduakan Allah dalam ibadah. Semacam menjadikan do’a, sembelihan dan tumbal pada selain Allah.