Buku terbaru tulisan Khatijah Amm, isteri ketiga Asaari, "Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya" telah menggemparkan Malaysia. Buku ini menjadi bukti jelas bahawa Asaari masih terus mengamalkan Aurad Muhammadiah di samping mencipta pelbagai ajaran baru dan perkara bid'ah dalam akidah. Biarpun Asaari dan para pengikutnya menafikan, namun buku ini menjadi bukti yang sangat jelas KESESATAN MEREKA. Kami paparkan bukti kesesatan mereka! Ini jelas membuktikan bahawa Asaari telah BERDUSTA di media!
Berikut adalah kesalahan yang kami kesan dan petikannya:
1. Mendakwa Asaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai pembantu Imam Mahdi.
“Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.”
Hlm. vi, baris 12-16.