Rencana
Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, saya dapati ramai kanak-kanak Malaysia yang mengikut ibu bapa menyambungkan pelajaran di luar negara (termasuk Australia) menghadapi ‘kejutan’ selepas kembali ke Malaysia.
Ini kerana wujudnya perbezaan yang ketara di antara dua sistem dan pendekatan persekolahan ini. Konsep sistem pendidikan sekolah rendah di Australia serta pendekatan guru mereka jelas berbeza dengan apa yang dilaksanakan di negara kita.