Oleh Siti Zarinah Sahib
Apabila membicarakan mengenai mualaf atau saudara baru isu kebajikan
sering menjadi persoalan. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang
terpaksa dilalui golongan ini sebaik melafazkan dua kalimah syahadah.
Dibuang keluarga dan tiada tempat bergantung antara isu besar yang
dihadapi mereka. Lebih menyedihkan apabila umat Islam sendiri tidak
membantu meringankan bebanan yang ditanggung ditambah kerenah birokrasi
dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan mualaf mengalami gangguan
emosi dan tekanan jiwa. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tidak
mustahil akan mengakibatkan golongan ini kembali kepada agama asal
mereka.