
Facebook dan beberapa media sosial sudah menjadi keperluan asas bagi sebahagian orang. Bagi mereka sehari saja tidak membuka facebook seakan-akan ada yang kurang sekali dalam kehidupan. Alhamdulillah jika bijak, maka facebook dan media sosial boleh sangat bermanfaat bagi agama dan masyarakat.
Berikut 10 fitnah dan ujian agama yang sering terjadi bagi pengguna facebook:
1.Fitnah berlainan jantina
Di facebook dan dunia maya orang-orang bebas berinteraksi dan bermuamalah. Bagi mereka yang peduli dengan batasan syariat maka mereka akan patuh dengan aturan syariat iaitu membatasi dan meminimakan interaksi lawan jenis yang bukan mahram, berinteraksi jika ada keperluan yang mendesak saja. Nah di dunia nyata mungkin mereka akan malu dan tidak berani akan tetapi di dunia maya lebih mudah dan tersembunyi.