Monday, October 28, 2013
AMALAN YANG DICINTAI ALLAH
Memasukkan Rasa Gembira di Hati Muslim
Ibnu Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Amal ibadah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla adalah engkau memasukkan rasa gembira kepada orang muslim atau menghilangkan kesulitan darinya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau mengusir rasa lapar darinya.” (HR At Thabrani)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : “Barangsiapa menghilangkan kesulitan dari seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya kesulitan dari kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Allah akan selalu menolong seseorang selama ia menolong orang lain.” (HR Muslim, Ahmad, dan At Tirmidzi)
Wednesday, October 23, 2013
Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan
Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Tuesday, October 22, 2013
AMAL YANG DICINTAI ALLAH: LEMAH LEMBUT (RIFQU)
Aisyah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah swt menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan.” (HR Bukhori, Muslim, dan Ahmad)
ArRifqu bermakna lemah lembut, wajah ceria, dan lapang dada.
REZEKI HARAM UNDANG MUDHARAT...
SOALAN
SEPERTI yang diketahui umum, wang (pendapatan) daripada hasil judi, arak, bertenung nasib adalah haram hukumnya. Tetapi yang menimbulkan kekeliruan kepada saya yang mungkin masih cetek soal hukum hakam agama ialah ada pula yang mengatakan ia boleh dinikmati oleh orang Islam atas nama bantuan kebajikan. Mohon pihak ustaz menjelaskan perkara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan yang lebih parah lagi?
JAWAPAN
Sekiranya orang Islam mengetahui bahawa rezeki atau duit yang mereka terima itu jelas daripada sumber yang haram maka haram bagi umat Islam memakannya.
Monday, October 21, 2013
Sunday, October 20, 2013
Thursday, October 17, 2013
PENDEKATAN DAKWAH FLEKSIBEL
Oleh Siti Zarinah Sahib
Apabila membicarakan mengenai mualaf atau saudara baru isu kebajikan sering menjadi persoalan. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui golongan ini sebaik melafazkan dua kalimah syahadah.
Dibuang keluarga dan tiada tempat bergantung antara isu besar yang dihadapi mereka. Lebih menyedihkan apabila umat Islam sendiri tidak membantu meringankan bebanan yang ditanggung ditambah kerenah birokrasi dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan mualaf mengalami gangguan emosi dan tekanan jiwa. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tidak mustahil akan mengakibatkan golongan ini kembali kepada agama asal mereka.

Monday, October 14, 2013
ARAFAH, TEMPAT MUSTAJAB MEMOHON KEAMPUNAN DARI NYA
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu.
Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
Wukuf adalah puncak haji. Secara fizikal, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, kerana tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat.
Saturday, October 12, 2013
MASJID TAK MESRA PENGUNJUNG
Oleh : Dr Mohd Asri
Islam adalah gabungan kekuatan keruhanian dan kebendaan. Ia bukan agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini.
Juga, bukan agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat. Tidak, sama sekali tidak!

Wednesday, October 9, 2013
AKIBAT MENONTON VIDEO LUCAH...
Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.
gambar hiasan
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
Friday, October 4, 2013
ZUHUD UNTUK JIHAD BISNES...
MINGGU lalu, selaku Presiden, Dewan Perdagangan Islam
Malaysia, saya berpeluang mengisi ruangan mingguan Radio IKIM FM di
bawah program Inspirasi Usahawan. Di kesempatan itu, saya menegaskan
pentingnya bangsa Melayu mengintegrasikan sepenuhnya bisnes ke dalam
kehidupan individu dan masyarakat, sekali gus membudayakan zuhud dan
Jihad Bisnes.
Tanpa keupayaan menjana harta kekayaan mustahil umat Islam berjaya jadi umat terbaik atau “khaira ummah”, iaitu umat “al yadul uliya” memiliki “tangan di atas” (the upper hand).
Tanpa keupayaan menjana harta kekayaan mustahil umat Islam berjaya jadi umat terbaik atau “khaira ummah”, iaitu umat “al yadul uliya” memiliki “tangan di atas” (the upper hand).
Thursday, October 3, 2013
PINTU KEBAHAGIAAN....
REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Ustaz Hasan Basri Tanjung MA
Kebahagiaan (as-sa’adah) adalah harapan meski difahami berbeda oleh setiap insan sesuai keyakinan dan pemahaman hidupnya. Kerana itu, jalan yang ditempuh untuk meraihnya pun berbeda pula.
Kebahagian harus dicari dan diusahakan, tidak datang dengan sendirinya (QS.28:77).
Makna kebahagiaan seorang Muslim adalah pencapaian dunia dan akhirat, material dan spritual, individual dan sosial, emosional dan intlektual. Sebuah kebahagiaan yang utuh (integrated) dan menyeluruh (komprehensif).

Subscribe to:
Posts (Atom)