Showing posts with label dr zaharuddin. Show all posts
Showing posts with label dr zaharuddin. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

KEUTAMAAN SEDEKAH

Oleh: Dr Zaharuddin Abd Rahman



KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.
2- Memadamkan kemarahan Allah taala.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
7- Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat terpuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.


BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK
1. Sedeqah yang disembunyikan.
2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga
6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.
8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

Monday, January 20, 2014

DOA UNTUK ELAK GANGGUAN MAKHLUK





Bacakan doa ini dan ajarkan anak-anak.
Baca juga ketika bagi mengelakkan anak kecil diganggu waktu pagi dan petang. Juga untuk diri sendiri.
Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam melindungi cucu baginda Hasan dan Hussain dengan bacaan ini dan baginda nabi turut menyebut ia juga amalan nabi Ibrahim a.s yang dibacakan kepada Nabi Ismail a.s & Nabi Ishak a.s.
Apa bacaannya? ini dia.....

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Ertinya : Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna (dan melindungi serta menyembuh) dari segala Syaitan dan yang beracun (memudaratkan) dan dari segala jenis 'Ayn (penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia & jin) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal).

(Riwayat Al-Bukhari, terjemahan berdasarkan penjelasan Ibn Hajar dan al-Khattabi)

Sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, December 25, 2013

ADAKAH PRODUK JAMPI HALAL?



Oleh : Dr, Zaharuddin Abd Rahman

Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya. Produk ini dijual dengan harga yang tinggi dan lebih mahal dari biasa. Dari air mineral, zam zam ia berkembang kepada minyak wangi, makanan, dan seterusnya mungkin kepada ayam, petrol, pen, kasut, komputer, rumah dan lain-lain. Adakah amalan ini diterima Islam ?

Secara ringkasnya, saya BERSETUJU dengan pandangan Ustaz Ikmal Zaidi (pengamal perubatan Darul Syifa’ & pensyarah KUIS) dalam mengupas topik jualan produk dibaca Al-Quran bagi tujuan komersial.