TAWASSULDalam kehidupan seharian kita, dua perkara terpenting yang wajib kita titik beratkan adalah ibadat dan doa, kerana dua perkara inilah yang menjadi tunjang utama bagi kebahagian kita di dunia dan juga di akhirat. Kehidupan kita seharian pun sebenarnya berlegar antara dua perkara ini: ibadat dan doa. Kepentingan ibadat dan doa ini Allah zahirkan melalui intipati surat Al-Fatihah, iaitu ayat kelima yang juga merupakan ayat terpenting di dalam surah ini. Iyyaka Na’budu Waiyyaka Nasta’inإِيَّاكَ نَعْبُدُ"Hanya kepada Engkaulah kami sembah"وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ"dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

Mereka masih mempercayai Asaari al Kazaab hanya ghaib!
Antara perkara besar yang menjadi faktor penyelewengan akidah dalam Jemaah Aurad Muhammadiah (Rufaqa, kini Global Ikhwan) adalah pengamalan istighathah (is-ti-gha-thah). Istighathah adalah sesuatu yang berbeza dengan tawasul dan kajian mendapati Asaari dan pengikutnya telah terkeliru dan salah tafsir konsep tawasul. Mereka menyangka mereka bertawasul dan berkeras mempertahankannya. Sedangkan, pengamalan mereka itu sebenarnya adalah istighathah.
Bagi membincangkan isu ini, kami menukilkan pendapat ulama Ahli Sunnah dari kalangan Khalaf dan Salaf sebagai satu bukti bahawa seluruh ulama menentang kesesatan akidah.

Oleh: Ustaz Fathul Bari (UFB)
Soalan: Saya tidak pasti tentang tawassul. Bertawassul ini boleh atau tidak? Kalau boleh, bagaimana caranya?
Jawapan:
Pertama sekali kita perlu tahu apa maksud tawassul. Tawassul berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.
Di sana ada tawassul yang masyru’ (syar’i) dan ada tawassul yang mamnu’ (dilarang).