Saturday, September 28, 2013

CUIT BAHU MASUK SAF...

BILA DISAMAKAN KESILAPAN DENGAN JENAYAH...



Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tertarik dengan segelintir yang mendakwa diri mereka beraliran ‘salaf' tetapi bersikap jauh dari jalan salaf. Apabila politik yang mereka bernaung di bawah ketiaknya menyokong rejim-rejim tentera di negara-negara yang sedang bergolak itu, mereka pun menari rentak yang sama.

Seakan mereka melupai pembunuhan, pembakaran masjid, gas yang meragut anak-anak tidak berdosa dan segala macam kezaliman lain, yang mereka sibuk ia membaca dalil pengharaman demonstrasi. Dalil pembunuhan bagai dilupakan. Kemudian mereka mengiktiraf pula perampasan kuat secara tentera yang jauh lebih ganas dari demonstrasi.

Monday, September 23, 2013

APAKAH MEMAKAI CINCIN TERMASUK SUNNAH NABI?

Tanya:
Apakah memakai cincin bagi laki-laki termasuk sunah Rasul? Mohon dijelaskan. Matur nuwun


Jawaban:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari & Muslim, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika hendak menulis surat untuk mendakwahkan Islam kepada para raja di sekitar jazirah arab, beliau mendapat informasi bahwa mereka tidak mau menerima surat, kecuali jika ada stempelnya. Dengan pertimbangan ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak, dan diukir tulisan Muhammad Rasulullah. Keterangan selengkapnya boleh  anda pelajari di: Cincin Nabi Muhammad

Sunday, September 22, 2013

BERAKTIVITI SEMASA MASIH JUNUB...



Pertanyaan:

Sehabis mimpi basah kalau kita ingin makan apakah haram atau tidak?
Dari: Hadi
Jawaban:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah wa ba’du,
Orang yang dalam kondisi junub, baik kerana mimpi basah atau sebab lainnya, dibolehkan melakukan aktiviti apapun, kecuali perbuatan yang dipersyaratkan harus suci dari hadas besar, seperti: shalat, thawaf, berdiam di dalam masjid, atau menyentuh mushaf.

Saturday, September 21, 2013

ANTARA TAUBAT DAN SOMBONG.....

 

     Mungkin ada diantara kita, apabila melihat seseorang berbuat salah, samada salah yang besar atau kecil, suka menghentam ia habis-habisan, seolah-olah tiada maaf bagimu, atau tiada esok bagimu. Kita tak memberi sedikit pun  peluang dan ruang untuk ia kembali insaf atau menyesali perbuatannya itu. Ketahuilah, sikap seperti ini adalah tidak sepatutnya, kerana Allah pun memberi masa dan peluang untuk seseorang kembali ke pangkal jalan. Dan sikap tidak memberi ruang maaf itu adalah tercela. Baca kisah berikut sebagai teladan......

Saturday, September 14, 2013

PENGAKUAN IMAM MAHDI ADA SEPANJANG ZAMAN...

PANDUAN UNTUK PARA SUAMI DAN BAKAL SUAMI



SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri' adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman- teman, anak-anak, lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula. Paling meruncing ialah apabila masing- masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka.

Wednesday, September 11, 2013

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

Monday, September 9, 2013

SELEPAS MURSI DIGULINGKAN, FILEM2 SEKS DAN ZINA KEMBALI MEMBARA



10 Filem terlepas dari Badan Penapisan Filem Mesir, yang di era Mursi sudah "selektif" memilih filem-filem yang diedarkan.

Yang faham Syariah dan mengerti sejarah khilafah dan berusaha memperjuangkannya dengan nyata, pasti faham bahawa Kudeta yang didukung hanyalah menjalankan agenda besar sang big boss, Zionisme. Mursi telah diserang dari Kanan,Kiri,Belakang,Depan,hingga atas.

Efeknya dahsyat bukan?

sumber: muslimina

Saturday, September 7, 2013

Apa kita boleh belajar dari sistem dan pendekatan persekolahan Australia - Nurhidayah Hashim


Rencana




September 06, 2013
Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, saya dapati ramai kanak-kanak  Malaysia yang mengikut ibu bapa menyambungkan pelajaran di luar negara (termasuk Australia) menghadapi ‘kejutan’ selepas kembali ke Malaysia.
Ini kerana wujudnya perbezaan yang ketara di antara dua sistem dan pendekatan persekolahan ini. Konsep sistem pendidikan sekolah rendah di Australia serta pendekatan guru mereka jelas berbeza dengan apa yang dilaksanakan di negara kita.

Thursday, September 5, 2013

5 KEUTAMAAN HIDUP JUJUR




Ramai  orang mengejar kebahagiaan di balik kemegahan material. Padahal, itu semua hanyalah kepalsuan  belaka.

Kalau ingin bahagia jujurlah. Jujur kepada Allah sebagai hamba-Nya, jangan berpura-pura dan jangan setengah-setengah. Jujur sebagai suami maka selalu menjauhi dosa dan memberikan nafkah secara halal dan maksimal. Jujur sebagai isteri maka selalu menjaga kehormatan diri dan harta suami dan benar-benar menjadi tempat berteduh bagi suami. Jujur sebagai pemimpin maka selalu menjunjung tinggi keputusan  musyawarah dan bekerja keras untuk menegakkan keadilan dan memastikan kesejahteraan rakyatnya.