
Ash-shidqu atau benar adalah ' sesuainya sesuatu dengan kenyataannya, baik berupa perkataan, sikap, ataupun perbuatan.' Dalam bahasa kita, istilah lainnya adalah jujur. Ash-shidqu memiliki kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat maupun bangsa. Rasulullah SAW bersabda,
عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَاِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِى اِلَى الْبِرِّ وَاِنَّ الْبِرَّ يَهْدِى اِلىَ الْجَنَّةِ
“Hendaklah kamu semua bersikap jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga.” (HR. Bukhari)

Sewaktu kecil, ingat lagi? kita pernah berbohong bagi mengelakkan dari dirotan ayah, emak atau cikgu. Bila besar kita pernah membohongi isteri atau suami kerana sebab2 tertentu...ada tak?
Dalam Islam kita disuruh bercakap benar. Kenapa ? Apa hikmahnya?
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada
suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah
syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya
hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."
Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup
meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut
riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal
sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan
meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani
engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala
pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima
hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di
dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu
lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi
mukmin yang soleh dan mulia.
Kesimpulannya, jika kita ingat
bahawa dihadapan Allah nanti kita tak mampu bercakap bohong , kita tak
akan sanggup berbuat salah dan dosa lagi.
Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com