
Kami pernah melakukannya diawal-awal kami mengenal dakwah ahlus sunnah
wal jama’ah kerana kekurangan kami akan ilmu, kemudian kami ingin
mengongsikannya supaya ikhwan-akhwat dapat mengambil pelajaran dan
mengingatkan mereka yang telah lama mengenal anugerah dakwah ahlus sunnah
khususnya kami peribadi. Beberapa hal tersebut ada 10 berdasar
pengalaman kami:

Oleh: Ust Idris Sulaiman
SYAIKH Abdul Malik Al-Jazairi dalam kitabnya yang cukup
istimewa Sittu Durar min Usul Ahli Al-Atsar menyebut prinsip pertama
dalam dakwah Salaf adalah mengikhlaskan agama kepada ALLAH. Ikhlas
adalah asas dalam agama bahkan menjadi inti patinya.
Ikhlas itulah yang dimaksudkan dengan tauhid, di mana para rasul diutus
untuk mengajak kepadanya, yakni menghambakan diri kepada ALLAH
semata-mata. Atas dasar ini juga kitab-kitab termasuk al-Quran
diturunkan. Hal ini banyak disebut dalam ayat al-Quran, “Maka sembahlah
ALLAH secara ikhlas kepadaNya.” (Al-Zumar: 2)
Menyembah ALLAH secara ikhlas bererti menyucikan ibadah semata-mata
kepada ALLAH. Ikhlas berasal daripada perkataan khalasa bererti bersih,
suci, tidak bercampur dengan yang lain. Ini seperti mana ayat al-Quran
yang kita baca, “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan
matiku semata-mata kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagiNya. (Al-An’am: 162)
Oleh Siti Zarinah Sahib
Apabila membicarakan mengenai mualaf atau saudara baru isu kebajikan
sering menjadi persoalan. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang
terpaksa dilalui golongan ini sebaik melafazkan dua kalimah syahadah.
Dibuang keluarga dan tiada tempat bergantung antara isu besar yang
dihadapi mereka. Lebih menyedihkan apabila umat Islam sendiri tidak
membantu meringankan bebanan yang ditanggung ditambah kerenah birokrasi
dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan mualaf mengalami gangguan
emosi dan tekanan jiwa. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tidak
mustahil akan mengakibatkan golongan ini kembali kepada agama asal
mereka.