Showing posts with label harta. Show all posts
Showing posts with label harta. Show all posts

Friday, April 18, 2014

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH





Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,

“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”

Nabi Ayub menjawab,
“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.
“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:


لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,
“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.

Yang satu lagi menyeru,
“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda,
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.

Dan sabdanya lagi,
“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”

Begitu juga harta.

“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”
Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.


Sumber:  http://rahsiasedekah.wordpress.com/2010/06/15/berkat-rezeki-kerana-bersedekah/

Sunday, February 2, 2014

KISAH KANAK-KANAK VS KHALIFAH

   



         Pada zaman pemerintahan khalifah Hisyam bin Abdul Malik, negara dilanda kemarau yang panjang. Orang Arab datang berjumpa dengan beliau, tetapi masing-masing takut hendak bercakap dengannya. Dalam kumpulan mereka terdapat seorang kanak-kanak yang bernama  Wardas bin Habib. Hisyam terpandang kanak-kanak itu lalu ia bertanya kepada p
engawalnya : " Apakah yang mereka mahukan dariku hinggakan kanak-kanak turut bersama?" Kanak-kanak itu  bersuara : " Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kita telah ditimpa bencana selama tiga tahun."


Tuesday, December 17, 2013

HUKUM MENGAMBIL PEMBERIAN DARI SUMBER YANG HARAM



Soalan:
Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi.
Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak?
Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?



Mazlan, Pulau Pinang.


Thursday, July 18, 2013

IBADAH DAN LAPANG DADA





Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Luangkan dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu." (Riwayat al-Tirmizi)

     Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari rezeki yang halal, disamping itu ia tetap melakukan amal ibadah samada yang wajib atau yang sunat. Apabila mereka mendapat rezeki mereka tahu dan sedar bahawa ianya datang dari Allah. Lalu mereka bersyukur dan hati mereka lapang kerana kelapangan itu didatangkan oleh Allah.

      Manakala mereka yang tidak mahu mengerjakan ibadat yang wajib apalagi yang sunat, maka mereka kehilangan fokus terhadap rezeki yang dikurniakan Allah. Mereka lalai dari bersyukur, lupa untuk berterimakasih, lalu Allah sempitkan dadanya dengan keresahan dan tak sudah2 mengejar kekayaan. Maka jadilah ia seperti orang yang fakir yang sentiasa rasa tidak mencukupi. Lalu hilanglah rasa lapang di dalam hatinya dan sentiasa kelihatan resah dan gelisah.

        Maka sebaik2 orang mukmin itu adalah yang kaya hatinya dan kaya tangannya. Ia tak lupa mengerjakan ibadah walaupun wang dan harta ada disekelilingnya. Ia sentiasa bersyukur dengan menginfakkan hartanya dijalan Allah. Berwakaf, bersedekah dan berderma. Maka Allah lapangkan hidupnya di dunia dan akhirat.

Thursday, January 10, 2013

MEMILIH BERSIKAP ZUHUD.....

Ada orang takut bila mendengar perkataan 'zuhud'. Kerana mungkin fikirnya ia perlu meninggalkan segala pekerjaannya, dan harta  bendanya, lalu hidup dengan menahan diri dari segala-galanya. Namun, benarkah begitu?  Nabi kita adalah sebaik-baik contoh....



Terlalu mudah bagi Rasulullah Saw untuk hidup sebagai seorang millioner, tapi itu tidak beliau lakukan. Rasulullah lebih memilih sebagai seorang yang zuhud.

Bukanlah seorang zuhud itu orang yang terhalang dari memperoleh gemerlap dunia, lalu mengatakan,“Sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagiku daripada dunia.” Dia tidak akan mengatakan seperti itu kecuali kerana ia tidak mampu untuk mencapai apa yang diinginkannya dari dunia. Demikian dikatakan Profesor Rawwas Qal’ah Jie dalam kitabnya, Dirasah Tahliliyah li Syakhsiyah ar-Rasul Muhammad.

Akan tetapi, lanjut Guru Besar sebuah Universitas di Quwait itu, orang zuhud itu sebenarnya adalah orang yang dianugerahi dunia sehingga hinggap di halaman rumahnya, lalu orang tersebut berkata pada dunia tersebut, “Wahai dunia, bujuklah orang yang selain aku, aku tidak memerlukanmu, sesungguhnya yang aku perlukan adalah pahala dari sisi Tuhanku.” Lalu orang tersebut pergi menggunakan dunia itu untuk meringankan beban orang yang menderita, memberi makan orang yang lapar dan fakir.

Inilah yang telah dinyatakan Rasulullah saw melalui sabdanya:

“Zuhud dari dunia itu bukanlah dengan cara mengharamkan yang halal atau menghilangkan harta. Akan tetapi, zuhud dari dunia itu adalah hendaknya apa yang ada di tangan Allah itu kamu lebih yakini daripada apa (dunia) yang ada di tangan kamu saat ini.”

Muhammad s.a.w
telah dianugerahi dunia tetapi beliau malah meninggalkannya untuk memenuhi keperluan orang yang kekurangan kerana menginginkan pahala di sisi Allah di akhirat. Beliau dengan senang hati lebih memilih kefakiran sehingga dapat lebih mendekatkan dirinya kepada Allah swt dan lebih mengutamakan Allah SWT daripada kelazatan kehidupan di dunia.

Bukankah Allah SWT telah menjadikan seperlima ghanimah (rampasan perang) sebagai bagian darinya, sebagaimana firman-Nya:

Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, Kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al Anfal : 41)

Bukankah seperlima harta fai telah dianggarkan untuk beliau, sebagaimana firman-Nya:

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya. (QS. Al Hasyr : 7)

Bukankah beliau pernah mengatakan kepada Aisyah ra, “Sesungguhnya aku telah ditawari (apakah aku menginginkan) kerikil-kerikil yang ada di Makkah dijadikan emas untukku. Maka aku katakan, ‘Tidak, wahai Tuhanku. Aku lebih menginginkan lapar sehari dan kenyang sehari.”

Prinsip Rasulullah saw dalam sikap zuhudnya adalah bahwa dunia ini merupakan tempat untuk menumpang lewat, bukan tempat tinggal sebenarnya. Manusia hanya melaluinya dalam perjalanan menuju akhirat. Jadi, siapa saja yang tertipu oleh dunia dan menganggapnya kekal maka sungguh ia telah salah duga. Kerana itu, tidaklah seorang nabi seperti Muhammad saw akan melakukan hal seperti itu (tertipu dunia).

Abdullah bin Mas’ud pernah bertutur:
Aku pernah mengunjungi Rasulullah saw, sementara beliau sedang tidur di atas pasir yang dihamparkan –atau tikar yang dijalin – yang meninggalkan bekas di punggungnya. Aku lalu berkata, “Wahai Rasulullah, andai saja kami mengambilkan untukmu alas tidur yang dapat  diletakkan antara dirimu dan tikar itu, tentu ia akan menjagamu.”

Rasulullah bersabda:

“Tidaklah aku dan dunia ini melainkan aku seperti seorang pengendara (penunggang) yang bernaung di bawah sebuah pohon untuk beristirahat lalu pergi meninggalkannya.”

Demikianlah
, Rasulullah Saw adalah seorang nabi yang zuhud, teladan sepanjang masa bagi umatnya dan kehadirannya adalah rahmat bagi sekalian alam. [shodiq ramadhan]


sumber:  suaraIslamonline