Tsunami |
Dewasa ini kita sering mendengar bermacam-macam bencana seperti puting beliung, kebakaran besar, banjir besar, tsunami atau lain-lain berlaku disana-sini, seperti yang kita tonton di kaca TV , suratkhabar, atau di internet. Mengapa dan sebab apa ianya berlaku pastilah ada diterang didalam agama ini , kerana jika perkara sekecil hukum tahi cicak pun ada dijelaskan , tak mungkin hal sebesar tsunami dan lain-lain itu tiada petunjuk dan penjelasan diberikan. Marilah kita merujuk satu hadis ini sebagai panduan dan rujukan kita:
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
❝Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4.Apabila suami 'terlalu' mentaati isteri.
5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan di dalam masjid.
9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11.Apabila arak menjadi minuman biasa.
12.Apabila lelaki memakai sutera.
13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.❞
Jika kita perhatikan sekali imbas pun , perkara-perkara diatas telah banyak berlaku. Maka janji Allah pasti akan berlaku, dan kata-kata Nabi kita itu adalah benar lagi dibenarkan.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.Kita mungkin tidak dapat mengelak jika bencana ini berlaku, kerana apabila bala itu turun ia tidak akan memilih siapa dan dimana. Tapi , sekurang-kurangnya jika ia menimpa kita , kita masih dalam keadaan beriman, dan insyaAllah akan selamat di akhirat nanti. Oleh itu, kembali kepada Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati Allah dari dunia hingga ke akhirat.
No comments:
Post a Comment