Sunday, May 6, 2012
ZALIM ITU KEGELAPAN AKHIRAT
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kezaliman adalah tempat kebencian Allah, Dia telah mengharamkan kezaliman keatas diriNya sendiri, walau Dia mampu melakukan kezaliman tanpa disanggah oleh sesiapapun, dan Dia mengharamkan kezaliman sesama manusia agar mereka meninggalkan kezaliman.
Allah berfirman:
يَا عِبَادِي : إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا ، فَلَا تَظَالَمُوا ،
"Wahai hamba2Ku, Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriKu dan Aku jadikan ia haram antara sesama kamu sekalian, maka janganlah kamu saling zalim menzalimi…” (Sahih Muslim, dari Abu Zarr.)
Keadilan itu taqwa.
Kezaliman adalah haram, oleh itu kezaliman wajib ditentang walau siapa pun yang zalim itu dan dari mana pun kezaliman itu datang walau dari keluarga sendiri dan rakan2 sendiri. Seorang mu’min yang benar ialah yang menolak semua bentuk kezaliman, tidak menzalimi dan tidak mahu dizalimi. Ini menuntut taqwa, jujur dan tidak 'bias'. Wajib adil kepada kekasih dan musuh, orang yang disukai dan orang yang dibenci. Itulah amalan yang lebih dekat kepada taqwa.
Allah hanya mencintai orang2 yang adil.
Allah cinta kepada orang yang bertaqwa dan adil. Nabi mengajarkan keadilan walau kepada orang2 kafir harbi, zimmi, mu’ahad dan musta’man, kerana seseorang tidak akan berjaya mencapai cinta Allah melainkan dengan sifat adil, seperti difirmankan olehNya sebanyak 3 kali dalam al-Quran al-‘Azim:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang2 beriman, jadilah kamu orang2 yang bersungguh2 berlaku adil, janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum atau golongan menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa, bertaqwalah sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan."
(Al-Ma’idah ayat 8.)
Antara makna zalim ialah mencintai tuhan lain selain Allah, menukar ganti hukum Allah dan agama Allah dengan ideologi2, kepercayaan2 dan manhaj2 yg lain.
(Al-A’raf ayat 162),
menceroboh larangan2 Allah, meninggalkan Kitab dan Sunnah, lalu mengikuti hawa nafsu, menghina Nabi dan sunnah, mengajak kepada syirik, kufur dan murtad dan kesesatan.
فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ
“Maka orang2 zalim dari kalangan mereka menukar ganti perkataan Allah dengan perkataan yang tidak diperintahkan kepada mereka, lalu Kami utuskan ke atas mereka azab dari langit, disebabkan kezaliman yang mereka lakukan.”
(Surah al-A’raaf ayat 162).
Antara bentuk kezaliman ialah memukul dan menyiksa manusia. Al-Imam Ahmad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dan Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Khalid ibn al-Walid berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
” إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا لِلنَّاسِ فِي الدُّنْيَا “
“Manusia yang paling berat diazab pada Hari Qiyamat ialah manusia yang paling teruk menyiksa manusia ketika di dunia.”
Kezaliman kegelapan Hari Qiyamat.
Orang zalim bukan wali Allah walau ia ahli ibadat., ia tidak akan menjadi wali Allah walau ia beribadat antara Hijr Isma’il dan Maqam Ibrahim selaama 70 tahun. Orang zalim kekal menjadi musuh Allah kerana zalim kembar kejahilan dan satu bentuk syirik.
Contoh-contoh kezaliman
Antara bentuk kezaliman yang dimurkai Allah ialah syirik, kufur, nifaq, bid’ah sesat, khurafat, menyembunyikan ilmu atau islam, menipu, curang dalam jual beli, riba, meninggalkan solat jamaah dan Jumaat tanpa uzur.
Membiarkan anak-anak dalam keadaan jahil dan meninggalkan solat ( mendidik solat sejak berumur 7 tahun). Zalim kepada isteri dengan tidak memberi makan pakai, dan layanan yang baik, menolak seruan Islam, menghalang dakwah, menghalang masjid2 dari dimakmurkan dengan solat, zikir dan majis2 ilmu.
Menentang hukum2 Allah, memakai perlembagaan jahiliyyah, undang2 jahiliyyah, pukulan fizikal, penyiksaaan, pembunuhan, mengambil Yahudi dan Nasarani sebagai pemimpin dan kekasih, mengusir orang2 beriman yang beribadat dari rumah2 Allah.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Antara akibat kezaliman di dunia dan di Akhirat ialah;
1.Golongan yang zalim tidak akan mendapat hidayah kerana Allah telah memutuskan dalam kitabNya bahawa Dia tidak akan memberi petujuk hidayah kepada orang2 zalim.
2.Tidak akan mendapat cinta Allah. Kerana Allah tidak cinta orang2 yang zalim.
3.Hidupnya tidak tenang, tidak aman, dan sentiasa berada dalam ketakutan kerana zalim adalah satu bentuk syirik yang menjadi punca ketakutan.(Ali ‘Imran ayat 151.)
4.Menyebabkan turunnya azab yang besar sehingga menimpa juga orang2 yang salih. Mewajibkan turunnya azab yang besar dan meluas, menimpa orang zalim dan tidak zalim. (Al-Anfal ayat 25.)
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Takutlah fitnah (yakni azab) yang bukan sahaja menimpa orang2 zalim dari kalangan kamu…”
5.Ditimpa laknat Allah. Betapa besarnya kebencian Allah kepada kezaliman dan orang2 zalim, hingga Dia melaknat mereka dengan laknat yang besar., seperti dalam surah al-A’raaf ayat 44 dan Surah Hud ayat 18.
أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Allah melaknat orang2 zalim. “…Laknat Allah ke atas orang-orang zalim.” Surah al-A’raff: ayat 44. Firman Allah lagi,
أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
“…Ketahuilah bahawa laknat Allah ke atas orang2 zalim.” (Hud 18).
6.Diazab sedahsyat2nya ketika mati, dengan azab yang tak dapat dibayang oleh akal fikiran manusia, ketika malaikat menghulur tangan mereka dengan ganas mencabut nyawa mereka dengan pukulan yang dahsyat, sepertt dalam surah al-An’am: 93.
7. Kegelapan di dalam kubur dan ketika Hari Qiyamat seperti yang sabit dalam hadith2 sahih.
Mereka diazab dalam kubur, muflis di Akhirat, dikumpulkan bersama Firaun, Haman, Qarun, Ubay ibn Khalaf dan Abu Jahl, tidak dapat minum dari telaga kawthar, terawal ke neraka, ditimpakan azab Api Neraka yang amat dahsyat, lantai dan atapnya dari api. Mereka adalah paling hina di Akhirat:
لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
“Bagi mereka lantai api neraka Jahannam dan disambar setiap masa dari atas mereka oleh api, begitulah Kami membalasi org2 zalim.” (Surah al-A’raaf 41.)
8.Diazab dalam Neraka dalam tempoh yang sangat panjang. Ingatlah kisah seorang perempuan yang zalim dengan memberi anak nya susu tulen tetapi dia memberikan anak tirinya susu bercampur air, lalu ia diazab dalam Api Neraka Jahannam selama 8 tahun. Maka bagaimanakah, dengan kejahatan dan kezaliman yang lebih besar dari itu?
Muslimin yg dirahmati Allah,
Cenderung kepada orang2 zalim dengan memberikan wala’ (iaitu sokongan fizikal dan spiritual) pujian, kasih dan bantuan kepada orang-orang zalim mewajibkan api Neraka Jahannam., menunjukkan betapa beratnya kezaliman dan betapa besarnya kebencian Allah kepada orang2 zalim. Firman Allah:
وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ 113
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 zalim nanti kamu disentuh Api Neraka…” (Surah Hud ayat 113.)
Lantaran itulah Allah mengharamkan duduk2 bersama orang2 zalim (kecuali untuk tazkirah iaitu menyampai nasihat peringatan).
Haram duduk bersama orang2 zalim yang menentang atau mempersenda ayat2 Allah, dan para pengampu dalam bahaya besar.!
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“…Maka janganlah kamu duduk – selepas memberi tazkirah – bersama kaum yang zalim.” Al-An’aam ayat 68.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Punca Kezaliman
Muslimin yang dimuliakan,
Antara realiti pahit yang mesti diterima ialah, kemunculan pemimpin-pemimpin zalim adalah disebabkan masyarakat yang zalim. Firman Allah:
وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Dan begitulah kami lantik sebahagian orang2 zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa2 mereka yang mereka usahakan.”(Surah al-An’aam ayat 129.)
Jalan keluar dari kezaliman manusia ialah: meninggalkan kezaliman dalam diri sendiri, bertaubat, beristighfar, memperbetulkan iman dan mengusahakan amal2 salih.
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ،
sumber: Arabiyy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment