Wednesday, January 30, 2013
BILA TELAH TAKBIRATULIHRAM....
Semalam di surau tempat kerja, siap aku mengambil wudhu , ada seseorang tengah solat. Tiba-tiba handphone nya berbunyi. Lantas ia berhenti dan mengambil handphone dan menjawab panggilan itu. MasyaAllah kataku dalam hati. Sedih bertimpa-timpa dalam hatiku melihat kejahilan di depan mataku sendiri.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, iaitu bila saja kita mula solat dengan lafaz takbiratul ihram, kita di haramkan berbuat sesuatu yang mungkin halal atau harus sewaktu diluar solat. Contohnya menjawab telefon halal, tapi bila sudah mula solat , haram menjawab telefon. Tegasnya selain dari perbuatan solat, haram di lakukan semasa solat , kecuali menyelamatkan nyawa. Kerana bila kita sudah takbir Allahu akbar, iaitu yang bermakna Allah maha Besar, maka selainNya semua adalah kecil dan mesti/wajib ditinggalkan. Kerana makna :
Takbiratul ihram ialah:
"Takbir yang mengharamkan perkara yang halal"
Aku tidak dapat menahan hati dari melihat kejahilan ini, lalu para pembaca sekelian eloklah disebar-sebarkan perkara ini supaya tidaklah seseorang mendapat dosa yang sia-sia saja. Tegasnya apabila kita mula saja solat, jangan, dilarang melakukan lain-lain perkara seperti menjawab telefon, menutup paip yang terbuka, memarahi anak atau apa saja selain menyelamatkan nyawa.
Wallua'lam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment