Sunday, March 9, 2014

MANUSIA-MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH





Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah. Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golongan manusia yang dimurkai oleh Allah:


1. Sabda Rasulullah SAW:
Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu:
yang cenderung kepada perkara yang haram,
orang yang mengikut perbuatan jahilliyah
dan orang membunuh orang lain tanpa hak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Perkara yang haram disini meliputi semua hal yang diharamkan dalam Islam.

2. Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya paling ku benci di kalangan kamu kepadaku dan dijauhkan dari  tempat dudukku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap tanpa teliti… iaitu orang yang takbur.
(Riwayat Tarmizi.)

Contoh perbuatan takabbur ialah:

*Orang yang melihat akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikut disebabkan ia takabbur.
*Orang yang diterangkan hujah yang benar tetapi ia tidak mahu menerima maka ia jadi takabbur.
*Orang yang menghina orang lain adalah takabbur.

3. Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim."
(Al Imran ayat 58)

Sifat zalim yang dilakukan oleh seseorang tanpa sedar dalam tiga bentuk iaitu:

. Zalim pada Allah seperti syirik, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, melanggar batas ketentuan Allah, mengadakan kepalsuan kepada agama Allah dan sebagainya.

4. Zalim pada diri sendiri seperti mengikut hawa nafsu, menolak kebenaran dan peringatan, engkar pada perintah Allah dan perbuatan-perbuatan yang akan menjerumuskan dirinya ke neraka.

5. Zalim kepada orang lain seperti mengumpat dan merendahkan orang Islam, buruk sangka dan membuat fitnah dan semua perbuatan yang menyebabkan orang lain menerima kesusahan.

6. Firman Allah:
"Taatilah Allah, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Al Imran ayat 32)

Mentaati Allah adalah bermaksud menunaikan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Orang yang engkar menunaikan perintah Allah sesungguhnya telah berpaling menentang Allah manakala orang yang melakukan apa yang dilarang oleh Allah telah derhaka terhadapnya.

7. Firman Allah:
"Dan perangilah di jalan Allah orang memerangi kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."
(Al Baqarah ayat 190)

Melampaui batas di sini selain bermaksud kita mestilah mempunyai had dan ketentuan dalam memerangi orang kafir Muahad, juga bermaksud janganlah kita melakukan hal-hal lain yang seumpamanya seperti memohon dipermudahkan untuk melakukan hal yang haram seperti tikam ekor, menang judi dan sebagainya.

8. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Al 'Araf ayat 31)

Perkara yang membazir atau berlebih-lebihan ialah:

Berlebih-lebihan dalam membeli.
Membeli benda yang haram.
Membelanjakan harta di jalan yang haram.
Berbelanjakan kawan pada jalan yang merosak atau melalaikan atau menjadi kejahatan.
Berlebih-lebih dalam hal berpakaian.

9. Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Luqman ayat 18)

10. Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat."
(Al Anfaal 58)

Dua jenis khianat yang nyata ialah:
Mengkhianati apa yang diamanahkan orang kepadanya.  Mengkhianati amanah Allah kepada kita seperti Allah menyuruh membelanjakan harta yang dikurniakan kepada kita di jalanNya tetapi kita tidak melakukannya.


sumber:  http://azierahmyblog.blogspot.com/2012/05/manusia-manusia-yang-dimurkai-allah.html

No comments:

Post a Comment