Sunday, March 4, 2012

KISAH BENAR ORANG YANG HAMPIR MURTAD:








Al Quran dan hadis panduan sepanjang zaman

Dengan nama Allah Yang Maha
Pengasih Maha Penyayang .:.

asSalamualaikum w.b.t

Saya ingin menceritakan pengalaman
silam saya untuk menjadi teladan,
panduan dan kesedaran pada semua umat
islam. Saya dilahirkan di negeri
Pahang. Kini berumur 25 tahun.
Pendidikan awal di S.K Tekam Utara dan
kini menuntut di salah sebuah pusat
pengajian tinggi swasta dulu dikenali
Institut Pengajian Islam. Di pusat
pengajian itu banyak memberi kesedaran
pada diri saya tentang keindahan agama
Islam, dimana saya telah dilahirkan di
dunia ini sebagai penganut Nya tanpa
menyelami tentangnya(Islam).
Saya sendiri tidak terlintas difikiran
untuk menjadi pelajar di institut
tersebut tetapi mungkin Allah S.W.T
telah tentukan. Disanalah saya mula
mengenal diri dan mendalami tentang
ilmu-ilmu tentang islam.

Saya sebenarnya sedih mengingatkan
tentang perkara yang ingin saya
ceritakan ini. Tetapi untuk kesedaran
semua agar tidak terlepas pandang pada
sesuatu yang dianggap selamat tetapi
pada hakikatnya amat merbahaya,
memalukan, hilang maruah, tidak
bertanggungjawab dan terhina pada umat
Islam.

Ianya bermula pada hujung tahun 2006
keadaan saya pada masa itu amat perit
dihimpit masalah keluarga, kewangan
dan rakan seagama.  Fikiran saya serabut
dan juga buntu apabila masalah datang
sekaligus.

Pertama masalah keluarga dan rumah
tangga dimana saya dituduh berlaku
curang terhadap isteri saya. Memang
sebelum itu saya pernah melakukan
kesilapan. Kejadian itu berlaku
sewaktu saya baru mendirikan rumah
tangga, saya melakukan hubungan sulit
dengan kerani tempat saya bekerja.
Oleh itu saya menyesal dan tidak
mengulanginya lagi tetapi isteri saya
tidak mempercayai diri saya sepenuhnya
seperti sedia kala. Tidak lama
kemudian seorang wanita meminati saya
tetapi saya tidak mengendahkan
perasaannya terhadap saya .Wanita itu
nekad untuk bertemu semula dengan
isteri saya dan dia telah buat cerita
bahawa saya telah meniduri saya
beberapa kali sewaktu isteri saya
tiada di rumah. Perkara itu membuatkan
isteri saya telah berkurangan kasih
sayangnya terhadap saya walaupun saya
telah menjelaskan perkara yang
sebenarnya. Rupa-rupanya wanita
tersebut telah berpakat
dengan ibu mertua saya. Sememangnya
perkahwinan ini tidak direstui ibu
sebelah isteri saya.

Kedua, masalah kewangan dimana
pendapatan isteri lebih daripada saya
dan dianggap tidak sepadan dengan saya
oleh ibu mertua. Pelbagai cara saya
cuba mengambil hati kedua mertua tapi
pandangan mereka tetap sama. Sehingga
kami terpaksa bercerai atas desakan
mertua, dan kesalahan yang pernah saya
lakukan dulu sebagai penyebab utama.

Ketiga, saya telah melakukan kesilapan
terhadap rakan serumah dimana
penghuninya semua pelajar di pusat
pengajian yang sama. Saya telah
bercakap tentang perkara yang tidak
sepatutnya saya cerita pada rakan yang
lain tentang rakan serumah. Oleh itu,
mereka sepakat untuk memulaukan saya
walaupun itu kesalahan saya yang
pertama setelah selama dua bulan
mengenali mereka. Setelah saya memohon
maaf, saya pula difitnah dengan dengan
pelbagai cerita sehingga ada yang
memanggil saya ANJING oleh rakan
sekuliah dan seagama (ISLAM) dengan
saya.

Pada suatu hari dalam keadaan yang
begitu tertekan, saya telah didatangi
seorang lelaki yang memperkenalkan
dirinya sebagai BENNET, nama
samarannya pula ALIFF. Dia selalu
hadir apabila saya memerlukannya.
Pernah sekali saya terpaksa membayar
duit yang telah dilaburkan oleh rakan
kongsi perniagaan saya sebanyak RM6000
dalam masa yang singkat. Dia
menawarkan diri untuk membantu saya
setelah dia mendapat tahu bahawa saya
meminta bantuan dari rakan-rakan
seagama dengan saya, tetapi gagal. Dia
membawa saya ke sebuah gereja kira-
kira 4 km dari tempat saya belajar. Di
sana saya ditemukan dengan seorang
paderi. Saya diminta menceritakan
masalah yang dihadapi, setelah saya
menceritakan masalah saya, tanpa
banyak alasan paderi tersebut masuk ke
sebuah bilik, tidak lama kemudian dia
keluar lalu menyerahkan wang sebanyak
RM6000 dan dia berkata “KAMU TIDAK
PERLU RISAU SAYA AKAN SENTIASA
MEMBANTU KAMU WALAUPUN KITA BERLAINAN
AGAMA, DUIT TAK PERLU KAMU PULANG.
AMBILLAH IA ANGGAP IA DUIT KAMU
SENDIRI YANG SAYA TOLONG SIMPANKAN,
TETAPI SAYA HAIRAN MENGAPA ORANG
SEAGAMA KAMU BEGITU BERSIFAT
PENTINGKAN DIRI. KAMI DISINI DIASUH
SUPAYA SENTIASA MENGAMBIL BERAT ANTARA
SATU SAMA LAIN.”

Semenjak itu saya kerap berjumpa
dengan paderi tersebut, dia menawarkan
diri untuk mendengar segala masalah
saya, saya juga telah mengajak rakan-
rakan yang senasib dengan saya. Telah
beberapa kali saya hampir meminum ‘air
suci’ bagi penganut agama kristian
tetapi alhamdulillah hasrat tidak
kesampaian. Saya dan rakan-rakan yang
lain pernah mengadakan perjumpaan
dimana ianya dipanggil sebagai hari
penghapus dosa. Diadakan di Pantai
Cherating, Kuantan Pahang seramai
hampir 2500 orang pelajar IPT
berbangsa melayu terlibat sama.
Selain itu kami selalu mengadakan
perjumpaan secara terbuka sesama rakan-
rakan yang terlibat setiap kali
perjumpaan kami akan diberi nasihat,
semangat dan perangsang untuk
menjalani kehidupan yang lebih
sempurna. Didalam perbincangan dan
perjumpaan tersebut kami selalu
ditekankan tentang mencari kebenaran
dan hala tuju yang diredhai hanya
dengan cara membandingkan kehidupan
manusia dan keadaan persekitaran Islam
disekeliling kita dengan Kristian
secara praktikal bukannya secara teori
kerana praktikal itulah nyata dan
benar. Mereka juga ada memberi
penerangan tentang ayat–ayat suci Al-
Quran sebagai contoh:

Ayat 199, juz Al-Araaf *maafkanlah dan
suruhlah maaruf berpaling dari orang –
orang yang jahil. (Dikatakan ayat ini
bahawa orang-orang seperti kami tidak
ada ruang lagi disisi agama Islam.
Oleh itu, kami telah ditakdirkan dan
dipertemukan oleh Allah S.W.T dengan
mereka yang menuju ke syurga).

Ayat 105, surah Al-Khafi* maka orang-
orang yang ingkar akan tanda-tanda
Tuhan akan menemuinya sebab itu
hapuslah (pahala) perbuatan mereka dan
timbangan untuk mereka pada hari
kiamat. (Dikatakan ayat ini bahawa
tidak berpeluang langsung bagi orang-
orang seperti kami untuk masuk syurga
jika mengikut jalan Islam kerana
perkara itu ada dinyatakan di dalam Al-
Quran oleh itu satu-satunya agama yang
Maha Pengasih dan Penyayang adalah
kristian yang sentiasa memberi peluang
arah dan jaminan untuk ke syurga.)
Sehinggalah suatu hari saya merasakan
apa yang telah dilalui ini banyak
salahnya, hati dan perasaan tidak
tenteram, sentiasa berdebar-debar.
Saya cuba kuatkan semangat untuk
meluahkan apa yang terbuku di hati ini
kepada dua orang sahabat dimana mereka
telah menyedarkan bahawa apa yang
dianggap selama ini salah iaitu saya
menyalahkan agama Islam, padahal
penganut agama itu yang bersalah
kerana agama Islam adalah agama yang
sempurna dan jika kita mengikut segala
yang telah ditetapkan nescaya kita
akan bahagia di dunia dan akhirat,
insyaAllah.

Kini saya merapatkan diri dengan Allah
S.W.T agar mendapat kehidupan yang
diredhai NYA. Pihak Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) banyak membantu
saya dari segi makanan mental dengan
menjemput saya mengikuti program-
program yang mereka anjurkan supaya
saya dapat mengukuhkan akidah dan
tauhid di dalam diri. Saya mendoakan
agar semua pihak yang banyak membantu
saya akan terus membantu supaya kita
dapat menyelamatkan rakan-rakan saya
yang masih di dalam kebingungan
tentang agama Islam dan hampir
dimurtadkan. Saya berharap sangat
pihak yang bertanggungjawab cepatlah
bertindak seiring dengan ABIM, jangan
sampai anak, adik, abang, kakak, cucu
atau saudara kamu sendiri dimurtadkan
baru sedar kamu telah menjadi insan
yang hina di mata umat Islam.  Jangan
kamu lalai dengan gaji yang beribu,
berlagak dengan gelaran yang diberi
takut nanti mata menjadi kelabu sampai
tidak perasan orang yang dimurtadkan
itu rupanya seibu dengan kamu….
wasSalam….

#PERHATIAN! Surah al-araaf dan al-
kahfi diatas adalah terjemahan yang
pihak kristian tafsir sendiri.maka
diharap tiada kekeliruan selepas ini.
Paling afdal rujuklah terjemahan yang
sahih..

p/s : kisah ini adalah benar-benar
terjadi kepada seorang hamba Allah
yang ana kenali. Penulis telah meminta
ana menyalin cerita ini untuk diambil
iktibar kepada orang lain.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah
ladang ujian, kekadang ujian yang
tidak diduga mendatang dalam keadaan
yang sukar diterima dek akal. Namun,
ingatlah firman ALLAH S.W.T surah Al-
Ankabut 29:2
“apakah manusia mengira bahawa mereka
akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan ‘kami telah beriman’ dan
mereka tidak diuji?”
Apa yang pasti setiap ujian adalah
rahmat dari ALLAH untuk meningkatkan
keImanan da keTaqwaan hambanya.
Ketahuilah semakin berat ujian yang
dipikul kamu menandakan tinggi
keImanan kita. Yakinlah pada ALLAH
bahawa DIA tidak menzalimi hambanya
melainkan kitalah yang sering zalim
pada diri sendiri. Banyakkanlah
bersyukur padanya dalam senang mahupun
susah. Malah jika diuji zahirkanlah
rasa kesyukuran kerana ujian itu
adalah perhatian dari kasih sayang NYA
kepada kita.

Penulis kini sedang giat berusaha
untuk menubuhkan satu badan pengiat
dikalangan pelajar IPT untuk bersama
dengannya menarik atau mengajak semula
golongan yang hampir murtad atau telah
murtad. Tanpa kita sedari golongan ini
berada berhampiran kita dan kerana
sikap individualistik kita lupa
tanggungjawab kita terhadap umat
Islam. Jika anda pelajar IPT dan
berminat menyertai bolehlah
menghubungi ana. Untuk pengetahuan
badan ini dibawah selia ABIM jadi
segala kegiatan akan dibantu dan
dipantau oleh ABIM.
Jika anda tergerak hati untuk
mengetahui dengan lebih lanjut akan
kegiatan badan ini atau mahu bersama-
sama mempertahankan aqidah umat islam,
kami amat mengalu-alukan. Untuk
keterangan lanjut sila hubungi….
A’J : 013-2777243  atau  ABIM
(sumber: Nur Farhana’s Site)

No comments:

Post a Comment