Friday, December 13, 2013

HADIS MENGENAI SERBAN




Di petik dari buku Koleksi Hadith-hadith Dhaif oleh Dr Abdul Ghani Azmi-



Hadith-hadith tentang serban.

1)Al-Khatib, Ibnu 'Adiy dan Al-Hakimmentakhrijkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kamu berserban, nescaya bertambah kesantunan kamu." (Maudhu')



Kata Ibnu-Jauzi- Hadith ini tidak sah (maudhu'). Penyakitnya ialah Sa'id bin Salam dan 'Ubaidullah yang terdapat dalam sanadnya.

Kata Ahmad bin Hanbal: Sa'id bin Salam adalah pembohong.

Kata Yahya: Ia bukan apa-apa.

Kata al-Bukhari: Ia disebutkan dalam membuat Hadith.

Kata Ad-Daruquthni: Ia adalah matruk, ia meriwayatkan hadith-hadith yang bathil. Demikian pula kata An-Nawawi seperti yang disebutkan oleh Asy-Syaukani.




Hadith ini ditakhrijkan oleh Abi Daud dari hadith Rakanah dan ditakhrijkan pula oleh at-Tirmizi. Tetapi telah dijelaskan bahawa di dalam senadnya terdapat orang-oarng yang majhul.

Hadith ini diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Usamah bin Umair. dan diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dari Usamah bin Umair dengan tambahan ' kerana serban itu adalah mahkota orang Arab'. Kedua-dua hadith ini sangat Dhaif demikian kata Al-Albani.



2) Ibnu An-Najjar mentakhrijkan daripada Mahdi bin Maimun katanya: saya amsuk menemui Salim bin Abdulah bin Umar yang berpakaian serban lalu ia berkata kepadakau:

"hai Ayyub, mahukah aku khabarkan kepadamu sebuah Hadith yang engkau akan menyukainya, menghafalnya dan meriwayatkannay? Saya menjawab: Bahkan! Belaiu lalu berkata: Saya telah masuk menemui Abdullah Bin Umar yang berpakaian serban lalu ia berkata kepadaku: Wahai anakku, cintailah serban! Hai anakku, hendaklah engkau berserban nanti engkau akan dihormati. dimulaikan dan disanjungi dan syaitan tidak akan melihatmu melainkan lari bertempiaran. Sesungguhnya aku mendengar rasulullah SAW bersabda: Satu solat dengan memakai serban sama dengan dua puluh lima solat tanpa memakai serban dan satu Juamaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para Malaikat itu menyaksikan Jumaat dengan memakai serban dan mereka senantiasa berdoa kepada orang yang berserban sampailah matahari jatuh".(maudhu)



Kata Asy-Syaukani: Ibnu Hajar al-Asqalani berkata bahawa Hadith ini adalah Maudhu'. Demikian pula kata Al-Albani, As-Sakhawi dan Al- Manufi.



3) Ad-Dailami dan Abu Nuaim meriwayatkan daripada Jabir ra Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah SAW bersabda: " Dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban" (maudhu')



Kata al-Albani: hadith ini adalah Maudhu'



dan hadith ini diriwayatkan dengan lafaz:

" satu solat dengan memakai serban lebih utama daripada tujuh puluh rakaat solat tanpa serban."(maudhu)


Imam Ahmad pernah ditanya mengenai hadith ini lalu belaiu menjawabnya: Ia adalah dusta, ia adalah bathil. Demikian yang dinyatakan oleh Ibnu Rajab al-Hanbali. hadith ini diriwayatkan oleh Muhammad bin Nuaim Syekh Nasibi dari Sahal, dari bapanya, dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW.



4) Ad-dailami meriwayatkan daripada jalan Aban bin Abi Ayyasy, dar Anas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Solat dengan memakai serban disamakan dengan sepuluh ribu kebajikan." (maudhu')



Kata al-Albani: hadith ini maudhu'

Penyakitnya ialah Aban Bin Ab Ayyasy yang dituduh berbohong.

Demikian pula kata As-Sakhawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani.

Kata al-Manufi: Hadith ini adalah bathil.



5) Ath-Thabrani mentakhrijkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kamu memakai serban kerana dia adalah ciri-ciri malaikat dan labuhkan dia dibelakang kamu." (mungkar)



Kat Al-Albani: Hadith ini adalah Mungkar. Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin AlFaraj. Az-Zahabi menyebutkannya dalam Al-Mizan menenainya dan menyatakan bahawa Muhammad bin Al-Faraj telah mendatangkan sebuah hadith mungkar lalu beliau menyebutkan hadith ini.



6) Asy-Syaukani menyebutkan dalam kitab Al-Fawaid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Solat dengan lilitan serban disamakan pahalanya di sisi Allah dengan satu peperangan di jalan Allah."(maudhu')



Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami dari Anas. Dalam sanadnya terdapat Ibrahim bin Abdullah bin Hamman yang dikatakan oleh z-Zahabi dalam al-Mizan bahawa dialah yang membuat hadith ini.



7) Asy-Syaukani menyebutkan dalam kitab Al-Fawaid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"satu solat dengan memakai serban (menyamai) sepuluh ribu kebajikan." (maudhu')



Kata Asy-Syaukani hadith ini Maudhu'. Dalam sanadnya terdapat Aban bin Abi Ayyasy.



8 ) Ath-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Kabir dari jalan al-Ala' bin 'Amru al-Hanafi, daripada Ayyub bin Mudrik, dari Makhul dari abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawasanya Allah Azza Wajalla dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat."( Maudhu')



Kata al-Albani: hadith ini adalah maudhu'.

Hadith ini disebutkan oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat dari jalan ini dan beliau berkata: Hadith ini tiada asalnya. Ia hanya diriwayatkan oleh Ayyub bin Mudrik.

Kata al-Azdi: Dialah yang membuatnya. Ia didustakan oleh Yahya dan ditinggalkan (matruk) oleh Darulquthni.

Dalam kitab al-mujma' Al-Haithami berkata: Dalam sanadnya terdapat Ayyub bin Mudrik.

Kata Ibnu Ma'in: Dia adalah pembohong.

Az-Zahabi menyebutkan juga pendapat ini dalam al-Mizan dan menyebutkan hadith ini.



Al-Uqaili menyebutkan pula dalam Adh-Dhua'fa' akan hadith ini, tapi dari jalan Ayyub bin Mudrik juga. Dan Ibnu 'Adiy mentakhrijkannya dari jalan yang ketiga dan berkata: hadith ini adalah Mungkar.



9) Ibnu Jauzi menyebutkan daripada riwayat Abu Manshor Al-Qazazz dari jalan Yahya bin Syabib dari anas bin Malik ra bahawa Rasululah SAW bersabda:

Bahawasanya Allah Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan di pintu-pintu masjid-masjid Jami' pada hari Jumaat, mereka beristighfar kepada orang-orang yang memakai serban putih. (maudhu')



Kata Al-Khatib: Yahya bin Syabib meriwayatkan hadith-hadith batil daripada Humaid Ath-Thawil dan lain-lain.

Kata Ibnu Hibban: Ia meriwayatkan hadith daripada Ath-Thauri yang sama sekali tidak diriwayatkan oleh Ath-Thauri. Tidak halal menjadikannya sebagai hujah. Demikian pula kata Al-Albani.



10) Al-Bawardi meriwayatkan dari Rakanah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

''Serban atas ketayap adalah perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin, akan diberikan pahala pada hari qiamat bagi tiap-tiap lilitan serban yang dililiti seseorang atas kepalanya satu cahaya. (bathil)

Kata al-albani: hadith ini Bathil.

Kata Syeikh Al-Kattani: Hadith ini sangat dhaif. Demikian pula kata Ibnu Hajar Al-haitami dalam kitabnya 'Ahkamul-Libas. Kemudian Al-Albani berkata: menurutku hadith ini bathil kerana membanyakkan lilitan serban berlawanan dengan petunjuk rasulullah SAW padanya, bahkan ia termasuk pakaian kebanggaan(syuhrah) yang dilarang dalam hadith-hadith.



11) Ibnu 'Adiy meriwayatkan dari Ali bin Abu Thalib ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"hendaklah kamu datang ke masjid dengan keadaan muka-muka kamu terbuka dan dengan berselubung kerana yang demikian itulah daripada ciri-ciri orang Islam. Dan dalam satu riwayah, kerana serban-serban itu adalah mahkota-mahkota bagi orang-orang Islam." (maudhu')



Kata Al-Albani: Hadith ini maudhu'. Dalam sanadnya terdapat Mubasysyir bin Ubaid.

Kata Imam Ahmad: Ia membuat hadith.

Kata Ibnu Hibban ia meriwayatkan hadith-hadith maudhu' daripada orang-orang yang thiqah. Tidak halal menjadikannya sebagai hujah.



12) Al-Haithami menyebutkan dalam kitab Ahkamul-Libas sabda Rasulullah SAW:

" Barangsiapa berserban maka ia mendapat satu kebajikan bagi tiap-tiap lilitannya, maka apabila ia menjatuhkannya(mencabutnya) maka baginya satu kesalahan bagi tiap-tiap kali ia mencabutnya. ( maudhu')



Kata Al-Haithami: Jika tidak kerana hadith ini sangat Dhaif, nescaya ia menjadi hujah dalam membesarkan serban.

Kata Al-Albani: Hadith ini adalah bathil.



*Sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiqi tidak ada sebuah Hadith pun yang sahih atau Hassan mengenai keutamaan memakai serban selain ianya dipakai oleh rasulullah SAW. Maka oleh kerana itu Al-Albani berkata: Memakai serban adalah sunat adat, bukan sunat ibadat.



pesanan daripada ana: Bagi mereka yang memakai serban kerana ingin melahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah sesuatu yg terpuji cuma janganlah disebarkan hadith-hadith yang tidak benar tentang serban ini kerana ia adalah satu kesalahan yang besar.



RASULULLAH SAW BERSABDA:

BARANGSIAPA DENGAN SENGAJA BERDUSTA TERHADAPKU MAKA BERSEDIALAH MENGAMBIL TEMPATNYA DARI NERAKA

(RIWAYAT AL-BUKHARI, MUSLIM, ABU DAUD, AT-TIRMIZI, AHMAD, AD-DARINI DAN IBNU MAJAH)

No comments:

Post a Comment